CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

[Johor] Warga emas hilang selepas ke kebun

[Copy link]
Post time 13-8-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode

Painah Siwan tidak pulang ke rumah Rabu lalu pada jam 11 malam. - Foto PDRM

BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima aduan daripada anak mangsa menyatakan ibunya Painah Siwan, tidak pulang ke rumah, pada Rabu lalu pada jam 11 malam.

Beliau berkata, ibu pengadu yang berusia 79 tahun, keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya sejak jam 3.30 petang.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh polis, keluarga dan orang kampung tetapi gagal menemui mangsa," katanya dalam kenyataan.



Operasi pencarian diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi tetapi tetap gagal menemui mangsa. - Foto PDRM



Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, selepas keluar dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, Batu Pahat. - Foto PDRM

Ismail berkata, operasi pencarian diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi tetapi tetap gagal menemui mangsa.

"Khidmat bantuan unit pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digunakan, selain bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk setempat.

"Pada hari ini, operasi mencari mangsa akan diperluas melebihi dari tempat mangsa dilaporkan hilang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ng-selepas-ke-kebun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.513856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list