CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 510|Reply: 0

[Johor] 'Diisytihar mati sejak lapan bulan lalu, sulitkan hidup warga emas'

[Copy link]
Post time 9-8-2022 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Low Choo Choon, 71, kanan ketika membuat sidang media bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang di Setia Tropika di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU: Pemandu van, Low Choo Choon, 71, mengharungi hidup dalam kesukaran apabila diisytihar 'mati' sejak lapan bulan lalu, biarpun dia masih bernyawa.

Choo Choon hanya menyedari tentang statusnya itu apabila mahu membuat laporan polis berhubung kehilangan dokumen pada Januari lepas.

Katanya, sejak itu, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk membuat laporan polis serta melaporkannya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diambil tindakan.

"Selepas tahu, diri saya sudah diisytiharkan sebagai orang yang sudah mati, sedangkan saya masih hidup lagi, saya sudah membuat laporan di JPN Setia Tropika pada 2 Januari lalu berhubung isu ini, tetapi sehingga kini belum menerima maklum balas.


"Saya sudah banyak kali pergi JPN, suruh datang lagi dua minggu, bila datang macam-macam alasan mereka beri. Sudah buat surat rasmi mengenai ini bulan Jun lalu tetapi masih sama tidak selesai.

"Malah kad pengenalan masih direkodkan sebagai sudah meninggal dunia, sehingga kini," katanya ketika ditemui bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang, di Setia Tropika di sini, hari ini.

Choo Choon menjelaskan, berikutan statusnya yang masih direkodkan sebagai mati, pelbagai urusan penting sukar dijalankan.

Katanya, lebih membimbangkan jika pihak bank menutup akaunnya kerana status tersebut.

"Lesen memandu juga akan tamat tempoh bulan depan, saya pasti susah hendak memperbaharuinya, sekaligus sukar untuk bekerja dan menyara hidup dengan menjadi pemandu van.

"Saya sangat khuatir jika bank mengesan status saya yang sudah mati, pasti akaun saya akan ditutup dan wang simpanannya tidak dapat dikeluarkan.

"Saya memohon jasa baik JPN untuk mempercepatkan pengaktifan kad pengenalan saya semula. Saya sudah penat, sudah tua hendak turun naik JPN," katanya bapa kepada empat anak itu.

Sementara itu, Bor Yang memaklumkan pihaknya sudah membuat surat makluman kepada pihak JPN bagi segerakan pertukaran status Choo Choon.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-hidup-warga-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.654556 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list