CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 0

[Perlis] Kereta tiba-tiba terbakar ketika pemanduan

[Copy link]
Post time 8-8-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Kereta tiba-tiba terbakar ketika pemanduan

Oleh Aizat Sharif - Ogos 8, 2022 @ 12:04pmbhnews@bh.com.my





Kereta Proton Waja yang dipandu seorang wanita tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan di Kuala Perlis - Foto NSTP/Ihsan Bomba




KANGAR: Seorang wanita terselamat apabila kereta Proton Waja yang dinaiki secara tiba-tiba terbakar di Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata kejadian kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berusia dalam lingkungan 30-an sedang memandu keretanya di Jalan Marhom Kayang berhampiran Kampung Tok Kuning, Kuala Perlis menuju ke Kangar.

"Tiba-tiba keretanya berasap dan terbakar menyebabkan mangsa segera memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk menyelamatkan diri.

"Anggota bomba segera dipanggil untuk memadamkan kebakaran namun ia tidak membabitkan kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis berkata, lima anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 8.06 pagi.

"Kita dapati kebakaran memusnahkan 95 peratus kereta berkenaan dan kita menggunakan dua aliran 'hose reel' dari air tangki jentera bomba kita bagi kerja memadam.

"Api berjaya dikawal jam 8.18 pagi dan punca kejadian masih disiasat," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 1.972344 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list