Sabtu lalu, pengurus kepada penyanyi popular Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Muhammad Ikhsan Doddyansah atau Doddy ditahan pihak polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah.
BCL dalam satu kenyataan mendoakan agar urusan Doddy dipermudah serta berharap kes itu selesai dengan segera.
Bakal mengadakan konsert di Singapura tetap berjanji akan memberikan persembahan terbaik selain berterima kasih kepada peminat yang menyokong kariernya.
"Semuanya adalah kitaran termasuklah kehidupan. Selalu ada perkara yang untuk kita pelajari dan perbaiki... Jadi matang.
"Saya dan seluruh team mengirimkan doa buat Doddy. Kami harap awak dapat mengharungi masa sukar ini. Terus berdoa.
"Untuk semua team BCL, kita boleh lakukannya! Ayuh jadikan konsert ini kenangan paling manis. Semangat ya kawan-kawan semua," coretnya. -CARI
|