View: 479|Reply: 0
|
[Johor]
Lelaki cedera, kereta terbabas jatuh atas landasan kereta api
[Copy link]
|
|

PEMANDU cedera selepas kenderaan dipandu terbabas dan jatuh ke landasan kereta api sedalam 9 meter di kawasan Wadi Hana di sini, awal pagi tadi. FOTO Ihsan Bomba
Johor Bahru: Seorang pemandu kereta cedera apabila Proton Iriz dipandunya terbabas lalu terjatuh ke landasan kereta api sedalam lebih sembilan meter, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi di landasan kereta api dekat kawasan Wadi Hana di sini, mangsa berjaya keluar sendiri dari kenderaannya sebelum dibantu naik semula ke atas.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian empat minit kemudian.
"Seramai 11 anggota dengan sebuah jentera dan van EMRS serta satu Unit Bermotor Bomba (RIM) diarah ke lokasi kejadian dan kita mendapati seorang lelaki berusia 28 tahun cedera ringan.
"Kita turun bersama pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) memberikan rawatan kepada mangsa sebelum membawanya naik dengan menggunakan pengusung," katanya.
Menurut beliau, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Lebuhraya Tebrau menghala ke pusat bandar terbabas sebelum kereta itu terjatuh ke landasan kereta api yang terletak sedalam lebih sembilan meter ke bawah (30 kaki).
Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak HSA untuk tindakan seterusnya.
Beliau berkata, operasi kemudian ditamatkan pada jam 3 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... landasan-kereta-api |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|