CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 0

[Johor] Rampas rokok seludup RM9.5 juta selepas 2 bulan intip gudang

[Copy link]
Post time 3-8-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode

SAZALI (kanan) menunjukkan hasil rampasan rokok yang terbesar dan arak di sidang media di Menara JKDM Johor. FOTO Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup bernilai RM9.5 juta sekali gus kejayaan terbesar tahun ini selepas menyerbu sebuah gudang di Kulaijaya di sini, Julai lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata serbuan pada jam 2.30 petang 23 Julai itu adalah hasil intipan selama dua bulan dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Johor ke atas premis yang turut dijadikan stor penyimpanan rokok seludup itu.

Katanya, ketika serbuan dilakukan pihaknya tidak mengesan individu di premis yang mencurigakan itu namun hasil pemeriksaan menemukan dan merampas 8,017,600 batang rokok yang disembunyikan dalam bungkusan ditutup dengan kanvas.

Katanya, nilai rokok dianggarkan RM3.8 juta dan duti serta cukai terbabit adalah dianggarkan RM5.7 dengan nilai keseluruhan termasuk cukai bernilai RM9.5 juta.

"Modus operandi penyeludupan ini adalah dengan menyembunyikan rokok seludup di dalam gudang sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan termasuk Johor.

"Rokok putih dan kretek itu dipercayai diseludup masuk dari Indonesia menerusi laluan laut "Ia berikutan sebahagian rokok itu dalam keadaan basah dipercayai terkena air ketika dibawa masuk ke negara ini dengan bot," katanya kepada pemberita di Menara JKDM Johor di sini, hari ini.

Sazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan apa-apa barang tidak berkastam yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Sazali berkata, dalam kes berasingan, JKDM merampas 3,840 botol minuman keras yang bersamaan 1,790.40 liter dipercayai tidak berkastam disembunyikan di bahagian belakang kenderaan pada 6.45 pagi pada 22 Julai lalu.

Menurutnya, rampasan itu dilakukan di tepi jalan di Kilometer 2.7, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar, Iskandar Puteri di sini.

"Hasil pemeriksaan atas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima Areas itu menemukan minuman keras berkenaan di bahagian belakang kerusi pemandu.

"Rampasan itu bernilai RM10,700 dan jumlah duti dan cukai terbabit adalah RM37,300 atau nilai keseluruhan dagangan disita termasuk cukai dan kenderaan dianggarkan RM88,100.

"Pemandu kenderaan itu ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen kelulusan seperti inbois, borang kastam atau permit import.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976 dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan bagi kesalahan pertama, denda tidak kurang sepuluh kali amaun duti eksais atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali amaun duti eksais atau RM500,000, mengikut mana-mana amaun lebih besar atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan atau tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata, bekalan arak berkenaan dipercayai bagi pasaran tempatan.

"Lelaki ditahan itu adalah pekerja sebuah kedai aksesori kereta dan melakukan kegiatan itu bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

"Pada 27 Julai lalu, lelaki berkenaan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bulan-intip-gudang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.078945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list