CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 3

Kru Konsert Psy Meninggal Dunia Jatuh Dari Ketinggian 20 Meter Ketika Alih Lampu

[Copy link]
Post time 2-8-2022 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Satu lagi insiden melibatkan kru konsert berlaku apabila kali ini seorang pekerja dilaporkan meninggal dunia ketika sedang sibuk mengemas dan membuka kembali pentas konsert penyanyi Psy, Summer Swag 2022 di Stadium Gangneung, Korea Selatan pada Ahad.


Memetik laporan Allkpop, lelaki berusia 20-an berasal dari Mongolia itu terjatuh dari ketinggian 20 meter ketika sedang mengalihkan lampu di tapak konsert tersebut.




AllKpop/WoW!Korea




Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun dia mengalami serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.


Pihak polis masih lagi menyiasat punca sebenar kemalangan itu berlaku.


Konsert Psy berlangsung sehari sebelum kejadian itu menimpa mangsa.


Minggu lalu, dua penari yang mengiringi persembahan kumpulan terkenal Hong Kong, Mirror mengalami kecederaan apabila skrin video gergasi (LED) menghempap mereka ketika sedang menjayakan persembahan.


Seorang mengalami kecederaan ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


Manakala, seorang lagi yang parah masih lagi dalam keadaan kritikal dan terbaharu, doktor memaklumkan dia mengalami lumpuh kekal walaupun sudah menjalani prosedur pembedahan sebanyak tiga kali selepas insiden terbabit.




Sumber: Media Hiburan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
pergh mati2 aku ingat psy yg mati jatuh. Kena ulang 2 kali baca tajuk hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2022 08:32 PM | Show all posts
20 meter , tinggi tu. Takziah. konsert ni kontroversi sbb spray air. Ekceli cam best jugak kena spray tp pembaziran la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kesiannya penari tu xpasal2 mengalami kecacatan kekal..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039412 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list