CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

[Johor] Kes kanak-kanak autisme didera, polis tunggu laporan pakar

[Copy link]
Post time 1-8-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman ketika sidang media di Markas PPM Wilayah Dua di Tampoi, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Polis sedang menunggu laporan pakar perubatan awam berhubung kecederaan seorang kanak-kanak autisme yang disyaki didera di sebuah pusat terapi berbayar di Skudai dekat sini, awal bulan lalu.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata laporan perubatan itu penting bagi mengesahkan sama ada kecederaan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu akibat didera atau faktor lain.

"Kertas siasatan hampir lengkap dan kita sedang menunggu laporan penuh pakar perubatan untuk mengesahkan kecederaan yang dialami kanak-kanak itu. Ia adalah elemen paling penting dalam siasatan kes penderaan.

"Polis juga sudah selesai rakam percakapan doktor pakar, ibu mangsa selain kakitangan pusat terapi itu. Kita memerlukan sedikit masa lagi untuk mendapat laporan penuh dikeluarkan pakar dalam masa terdekat.

"Kita hendak pastikan bahawa kesan lebam di tubuh kanak-kanak itu adakah disebabkan didera atau faktor luaran termasuk elemen mencederakan diri sendiri.

"Saya sudah minta dan beri arahan kepada ketua polis daerah, jika sahih penderaan berlaku, sila ambil tindakan segera serta buat tangkapan pelaku berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin dan Komander PPM Wilayah Dua Johor Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Kelmarin, polis dilaporkan sudah merakam percakapan empat individu berhubung kes dera seorang kanak-kanak Autism berumur enam tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid dilaporkan berkata, mereka yang dirakam percakapan ialah tiga ahli terapi di pusat terapi terbabit dan seorang pegawai perubatan.

Khamis lalu, seorang ibu dilaporkan kesal, apabila anak istimewanya yang dihantar untuk menjalani terapi, disyaki didera ahli terapi di sebuah Pusat Terapi berbayar di Skudai, sejak awal tahun ini.

Suri Rumah, Nik Huzaiwati Husin, 33, dilaporkan berkata dia menghantar anak sulungnya, Tuan Muhammad Uwais Abrisam, 6 yang didiagnosis mild autism untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit sejak November 2019.

Nik Huzaiwati mendakwa anaknya yang mesra dipanggil Abrisam sudah beberapa kali cedera tetapi setiap kali meminta penjelasan dari pihak terapi, memaklumkan kecederaan disebabkan aktiviti terapi.

Nik Huzaiwati turut membuat perkongsian di laman sosial facebooknya menggunakan akaun Cik Puan Zetty.

"Kami bawa anak ke Hospital Kulai pada 8 Julai dan doktor sahkan kecederaan anak serius, bukan kerana aktiviti seperti yg mereka maklumkan. Ini menyebabkan kami buat laporan polis di Balai Polis Kangkar Pulai dan mereka serahkan kes kami ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Johor Bahru Utara.

"Polis minta Abrisam dibawa dan dirujuk ke Pakar Kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail, kami dah buat. Laporan perubatan yang dikeluarkan mengesahkan anak saya sahk didera (Alleged Physical Abuse)," katanya menerusi hantaran di Facebook itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... unggu-laporan-pakar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list