CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

[Johor] Jerat hutang ah long, mangsa kena buat ‘kerja kotor’

[Copy link]
Post time 31-7-2022 09:04 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman menunjukkan bungkusan cat dirampas hasil tangkapan ke atas sindiket ah long pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI


Jerat hutang ah long, mangsa kena buat ‘kerja kotor’

JOHOR BAHRU – Mangsa yang meminjam wang dengan sindiket ah long bagaikan terjerat apabila terpaksa melakukan ‘kerja kotor’ dengan menyimbah cat atau membaling bom petrol ke atas rumah peminjam lain bagi melunaskan hutang mereka.

Mereka akan menerima upah sejumlah RM450 bagi tugasan membaling cat manakala perbuatan khianat dengan api pula menerima bayaran RM800.

Perbuatan suspek tersebut bagaimanapun terbongkar selepas 11 individu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru pada Khamis dan Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua suspek yang ditahan itu termasuk seorang lelaki warganegara Indonesia dan seorang wanita tempatan berusia 19 hingga 46 tahun.

Katanya, hasil risikan dan maklumat orang awam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara dan Johor Bahru Selatan melakukan tangkapan antara pukul 4 petang Rabu lalu hingga 4.30 petang keesokan harinya.

Tambahnya, kesemua suspek mendapat upah daripada sindiket pinjaman wang tanpa lesen untuk membuat ugutan jenayah, simbah cat dan khianat dengan api ke atas mangsa yang gagal mẹmbuat pembayaran.

“Sebahagian daripada suspek yang ditangkap ini merupakan peminjam kepada sindiket ah long itu yang dipergunakan untuk melunaskan hutang mereka sedikit demi sedikit. Ini adalah modus operandi yang digunakan sindiket itu bagi mengugut mangsa yang lain.

“Siasatan awal mendapati penahanan suspek ini berjaya menyelesaikan 10 kes di negeri ini dan tiga kes di Seremban, Negeri Sembilan,”katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas 17 unit telefon bimbit, tiga buah kereta, sebuah motosikal, 10 plastik berisi cat warna merah dan wang tunai RM1,295.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... a-buat-kerja-kotor/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.673173 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list