CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerja selenggara sungai atasi masalah banjir giat dijalankan

[Copy link]
Post time 31-7-2022 02:44 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad Rafie Ab Malek

Seremban: Kerja menyelenggara sungai susulan kejadian banjir kilat yang kerap melanda beberapa kawasan di Ampangan, di sini, kini giat dijalankan mengikut jadual.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, masalah banjir yang berlaku di Ampangan hanya boleh diselesaikan dengan melebar dan mendalamkan sungai serta membaik pulih sistem perparitan.

"Jabatan Pengairan dan Saliran sudah mula melaksanakan beberapa kerja pemulihan bagi mengatasi kejadian banjir daripada berulang.

"Kerja menyelenggara Sungai Batang Penar sepanjang lima kilometer (km) di Kampung Jiboi sudah bermula sejak 24 Mei lalu dan memakan masa selama 16 minggu," katanya.

Menurutnya, kerja memulihkan sistem perparitan dan saliran di Kampung Paroi sepanjang sembilan km juga sudah bermula pada 9 Mei hingga 25 Julai lalu.

"Manakala kerja pengeluaran pasir di Sungai Linggi sepanjang lima km dalam Program Timbal Balik bermula hujung bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, langkah pemuliharaan sungai terbabit hanya tindakan awal kerana keseluruhan sungai khususnya Sungai Linggi sepanjang 83.5 km perlu dilebar dan didalamkan bermula dari hulu sungai.

"Bagi sistem perparitan pula, Majlis Bandaraya Seremban sudah melakukan kerja pembersihan longkang di Kampung Ismail pada pertengahan Mei lalu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan negeri berkata, setakat ini kerja pembersihan dilakukan mengikut jadual.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jir-giat-dijalankan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.240662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list