CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 2

[Johor] Dua kanak-kanak lemas di sungai Bakar Batu

[Copy link]
Post time 23-7-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Mayat kedua-dua mangsa lemas ditemui anggota bomba dan penyelamat hasil operasi mencari yang dilancarkan pagi tadi.

JOHOR BAHRU: Keseronokan 10 kanak-kanak etnik Rohingya mandi sungai, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian di Kampung Bakar Batu, petang semalam.

Malangnya, kejadian jam 2 petang itu, hanya diketahui ahli keluarga lewat petang semalam, apabila mangsa tidak pulang ke rumah, sebelum mencari rakan-rakan yang mandi bersama dan menyaksikannya tetapi menyembunyikan kejadian terbabit.

Mayat kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Mahmod, 11 dan Nojumullah Bibir Ahmad, 14, ditemui pagi tadi,

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.24 pagi tadi.


"Difahamkan, dua mangsa ini bersama lapan lagi rakannya melakukan aktiviti mandi di sungai pada jam 2 petang semalam. Apabila mereka dipercayai lemas, rakan mangsa yang lain panik dan bertindak mendiamkan diri.

"Apabila dua mangsa ini tidak pulang ke rumah, bapa mereka mencari rakan-rakan mangsa dan apabila didesak, mereka memaklumkan mangsa lemas ketika mandi," katanya.

Mohd Riduan berkata, pihaknya membuat pencarian mayat mangsa berdasarkan kepada lokasi akhir mereka mandi yang diberitahu rakan mangsa.

"Mayat mangsa pertama dijumpai pihak bomba ketika membuat pencarian di permukaan air pada jam 9.50 pagi, sejauh 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.

"Manakala, mangsa kedua dijumpai apabila pihak bomba membuat penyelaman dalam radius 100 meter pada jam 10.35 pagi, juga kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir.

"Kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya
https://www.bharian.com.my/berit ... i-sungai-bakar-batu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh kecik2 pun rileks je sembunyikan kematian geng sendiri... Menakutkan diorang ni memang hati kering betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:07 PM | Show all posts
sanggup eh. mungkin tlalu takut sb x nak kena marah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:17 PM GMT+8 , Processed in 1.883596 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list