CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 464|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 330 mangsa banjir kilat di Seremban

[Copy link]
Post time 23-7-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Seremban berikutan hujan lebat malam tadi. - Foto ihsan APM Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seramai 330 individu daripada 120 keluarga terjejas akibat banjir kilat di beberapa kawasan, di sini, berikutan hujan lebat sejak jam 7 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Md Nor, berkata antara kawasan terbabit ialah Kampung Ismail, Kampung Chedang, Taman Happy dan Kampung Sri Mantau.

"Rumah yang terletak berdekatan sungai dan kawasan rendah dinaiki air dengan cepat, namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat intensiti tinggi pada jam 9 malam dan reda kira-kira dua jam kemudian.



Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Seremban berikutan hujan lebat malam tadi. - Foto ihsan APM Negeri Sembilan

"Paras air paling tinggi naik hingga 0.5 meter di beberapa kawasan. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan dibuka, setakat ini. Kebanyakan mangsa ditumpangkan di balai raya berhampiran sementara air surut sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, lebih 20 anggota meliputi APM dan polis bersama orang awam membantu memantau keadaan, termasuk mengeluarkan mangsa dan mengalihkan barang di rumah mereka ke tempat selamat. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... r-kilat-di-seremban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.561313 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list