CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Perlis] Denda sehingga RM1 juta menanti pembekal ingkar

[Copy link]
Post time 21-7-2022 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Denda sehingga RM1 juta menanti pembekal ingkar

BERNAMA



SURINA (kiri) memeriksa minyak masak botol dalam lori yang dirampas hari ini. FOTO Aizat Sharif.



Padang Besar: Padah menyimpan bekalan minyak masak melebihi had yang dibenarkan, seorang pembekal berusia 41 tahun berdepan berdepan dengan hukuman denda sehingga RM1 juta jika didapati bersalah.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, bertindak atas maklumat risikan, polis telah menyerbu premis pembekal minyak masak itu di Kampung Baru Padang Besar, di sini, pada jam 9 pagi tadi.

"Hasil pemeriksaan mendapati pembekal tersebut menyimpan sejumlah 92.16 tan (92,156 kilogram) minyak masak botol 5 liter, sedangkan jumlah maksimun yang ditetapkan adalah 80 tan (80,000 kilogram)," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar, hari ini.

Beliau berkata, polis telah merampas 12 tan (12,156 kilogram) minyak masak lebih had yang dibenarkan dianggarkan bernilai RM48,800.

Surina berkata, kes disiasat di bawah Peraturan 13 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan hukuman bagi kesalahan adalah denda maksimun RM1 juta atau penjara tidak melebehi tiga tahun.

Katanya, barang kes dan suspek diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.






Disiarkan pada: Julai 21, 2022 @ 9:27pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 1.383582 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list