CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Pulau Pinang] Laluan utama sekitar Georgetown digenangi air

[Copy link]
Post time 19-7-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode

SEKITAR Jalan Kebun Bunga, di sini, yang mengalami kesesakan berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan hujan lebat. FOTO Ihsan MBPP

Georgetown: Beberapa laluan utama di sekitar Georgetown di sini, hari ini, digenangi air berikutan hujan lebat pagi tadi.

Antara laluan berkenaan ialah Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Residensi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan perak A'azelan Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian banjir.


"Namun kita sentiasa bersiap sedia sekiranya terdapat banjir dan memantau lokasi terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan aliran trafik bergerak perlahan di sebahagian kawasan pada 8 pagi hari ini.

Menerusi pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati laluan terbabit ialah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menuju ke Jambatan Pulau Pinang dan ke arah Queensbay disebabkan hujan dan jumlah kenderaan yang banyak.

Turut terbabit ialah Lebuh raya Kampung Jawa ke Jalan Sultan Azlan Shah, Lebuhraya Pykett, Lebuh raya Thean Teik, Jalan Mount Erskine dan Jalan Kebun Bunga ke Jalan Gottlieb.

"Orang ramai dinasihati supaya berhati-hati semasa berada di luar rumah ketika waktu hujan.

"Pengguna jalan raya juga diminta supaya sentiasa berwaspada serta fokus kepada pemanduan dan merancang perjalanan, " katanya.

Orang ramai yang mempunyai aduan mengenai banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain, boleh menghubungi MBPP di talian 04-263 7000 atau 04-2637637.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Selangor, sehingga jam 11 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... etown-digenangi-air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.270623 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list