|
Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, yang dijadikan mat rempit sebagai litar aktiviti lumba haram. FOTO DANIAL SAAD
Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengadakan sekatan jalan raya secara berkala dan tidak mengeluarkan amaran bagi kesalahan dalam usaha mengekang aktiviti lumba haram atau mat rempit.
Pegawai Pendidikan CAP NV Subbarow berkata, malah pemasangan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi 'panas' membantu menghentikan kegiatan itu.
Katanya, aktiviti sia-sia itu sudah lama berlaku dengan menjadikan Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, sebagai litar lumba.
"Kegiatan itu turut berlaku pada waktu siang, pihak berkuasa tempatan mesti memasang lebih banyak kamera di lebuh raya.
"Apa cara sekalipun, kegiatan ini perlu dihentikan selama-lamanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Subbarow berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian kemalangan motosikal yang menyebabkan empat nyawa terkorban pada Ahad lalu.
Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah Muhamad Eizreel, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, dan Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17.
Mengulas lanjut Subbarow berkata kemalangan itu menunjukkan kelemahan dalam penguatkuasaan oleh polis dan agensi lain yang terbabit.
Katanya, pihak berkuasa sepatutnya berada di lokasi ketika ramai penunggang motosikal berkenaan menyertai lumba haram di situ.
"Penunggang motosikal yang terbabit perlu terus diberkas di tempat kejadian selain menjalani ujian saringan air kencing serta rampas motosikal yang terbabit.
"Kedai yang mengubah suai motosikal bagi tujuan itu juga mesti diberi amaran. Kebanyakan yang terbabit adalah golongan muda, malah ada juga yang masih belajar," katanya lagi.
Sehubungan itu, ibu bapa dinasihati supaya memantau pergerakan anak mereka supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak berfaedah.
Dalam kejadian itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada beberapa motosikal yang disyaki menyertai aktiviti lumba haram.
Beberapa penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-cegah-lumba-haram |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|