CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Kedah] Sekolah agama rugi RM1 juta akibat banjir, kepala air

[Copy link]
Post time 18-7-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah Urusan Al Tamim World Sdn.Bhd, Datuk Ku Ardanan Dollah (dua kanan) ketika meninjau keadaan Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Al-Khairiah yang terjejas akibat banjir dan kepala air pada 4 Julai lalu. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Baling: Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Al-Khairiah, di sini terpaksa menanggung kerugian lebih RM1 juta selepas banyak peralatan dan kelengkapan sekolah itu rosak akibat banjir dan kepala air, pada 4 Julai lalu.

Pengetuanya, Abdul Rahman Yahya berkata, kejadian itu menyebabkan hampir keseluruhan bangunan sekolah termasuk asrama ditenggelami air sehingga memaksa beberapa orang pelajar asrama berdekatan sungai menaiki bumbung sekolah untuk menyelamatkan diri.

"Banyak peralatan seperti pintu, kerusi, meja di dalam kelas rosak, begitu juga dengan katil asrama, pakaian sekolah mereka juga dihanyutkan banjir, ada peralatan yang rosak 50 peratus dan ada hingga 100 peratus.



"Begitu juga dengan buku teks dan rujukan, banyak yang sudah rosak ditenggelami banjir, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana air naik terlalu cepat kecuali memikirkan keselamatan dan nyawa 1,300 pelajar kami terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100,000 daripada Pengarah Urusan Al Tamim World Sdn.Bhd, Datuk Ku Ardanan Dollah di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, pihaknya menjangkakan taksiran kerugian akan meningkat selepas ini berikutan sekolah itu masih ditutup bagi proses pembersihan dan pemulihan.

Ini kerana katanya, kejadian banjir kali ini adalah paling buruk sejak 70 tahun lalu.

"Saya bagaimanapun sangat berterima kasih dan bersyukur kerana banyak pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta serta persendirian yang membantu menghulurkan pelbagai sumbangan termasuk kerja-kerja pembersihan.

"Pihak saya menjangkakan sekolah ini akan dibuka semula minggu depan selepas kerja-kerja pembersihan di semua bahagian selesai," katanya.

Sementara itu, Ku Ardanan berkata, pihaknya akan memberikan sumbangan wang tunai sehingga RM1 juta secara berperingkat selepas ini bagi membantu meringankan beban pengurusan sekolah berkenaan.

"Saya sangat sedih melihat keadaan banjir sekolah ini menerusi video yang tular sebelum ini. Sebab itu, kami terpanggil untuk membantu bagi membangunkan semula prasarana di sekolah ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-banjir-kepala-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.046094 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list