CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Kedah] Lebih 1,000 pelajar terkesan banjir dapat bantuan persekolahan

[Copy link]
Post time 16-7-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyampaikan bantuan persekolahan kepada mangsa terjejas banjir di Kupang 4 Julai lalu. - Foto NSTP/Safuri Kamarudin

BALING: Lebih 1,000 pelajar yang terkesan dalam tragedi banjir kilat dan kepala air di 12 Kampung Mukim Kupang pada 4 Julai lalu menerima bantuan pakaian seragam sekolah hari ini.

Bantuan disumbangkan Pejabat Ahli Parlimen Baling, UDA Holdings dan Pertubuhan KAB dari Gombak, Selangor.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata susulan pembukaan sekolah esok, pelajar yang terjejas dengan banjir menerima sumbangan pakaian sekolah.

Beliau berkata, pelajar juga akan diberikan kelengkapan persekolahan yang lain selepas data diperolehi dari Pejabat Pendidikan Daerah Baling.


"Kita akan memberi semua kelengkapan persekolahan kepada pelajar bagi memastikan mereka semua mendapat pakaian seragam, beg, dan peralatan tulis.

"Kita pastikan semua pelajar yang terjejas tidak terlepas daripada menerima sumbangan itu," katanya pada sidang media selepas Program Agihan Set Seragam Sekolah, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, hari ini.

Abdul Azeez berkata, pelajar yang terjejas dari 27 sekolah iaitu 10 SMK dan 17 sekolah kebangsaan (SK).

Seorang pelajar, Afiq Afham Abdullah, 15, dari Kampung Bendang Padang, Kupang berkata dalam kejadian itu rumahnya dinaiki air hingga paras bumbung.

Dia berkata, mereka sekeluarga bernasib baik kerana cepat keluar apabila air mula naik sehingga paras pinggang.

Katanya, pakaian seragam dan buku sekolah hanyut di bawa arus dan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

"Apa pun saya bersyukur tidak ada kemalangan jiwa meskipun hilang harta benda," katanya.

Sementara itu, Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dibuka untuk menerima dan mengedarkan bekalan kepada mangsa banjir yang kesemuanya telah pulang ke rumah masing-masing.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga ditutup yang mana semua mangsa pulang ke rumah termasuk 17 keluarga yang kehilangan rumah berpindah ke rumah sewa.
https://www.bharian.com.my/berit ... antuan-persekolahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.426722 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list