CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

[Johor] Masalah kontraktor punca SPNB lewat serah kunci

[Copy link]
Post time 16-7-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Plenton di Johor Bahru yang dibina pada 2010 masih belum diduduki. - Foto NSTP/Omar Ahmad

JOHOR BAHRU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menjelaskan punca kelewatan serahan kunci projek perumahan Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana, Plentong di sini disebabkan masalah dalaman dengan kontraktor utama projek lantikan SPNB.

Penjelasan itu dibuat dalam pertemuan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 14 Julai lalu berikutan laporan media yang mendakwa kelewatan serahan kunci berpunca daripada urusan dengan syarikat utiliti itu.

TNB dalam kenyataan hari ini berkata dalam pertemuan itu, pemaju perumahan, SPNB memohon maaf atas kesilapan perkongsian maklumat kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Katanya, SPNB menyatakan punca kelewatan serahan kunci sebenarnya akibat masalah dalaman SPNB dengan pihak kontraktor utama projek lantikan SPNB.


"TNB telah mencadangkan pihak SPNB berbincang semula dengan kontraktor supaya dokumen yang perlu berserta deposit dapat dimajukan kepada TNB secepat mungkin.

"Ia bagi membolehkan pemasangan meter elektrik untuk projek rakyat ini dilaksanakan dengan kadar segera," menurut kenyataan itu.

BH pada 13 Julai lalu melaporkan kenyataan Mohd Jafni bahawa SPNB memaklumkan fasa dua projek membabitkan Blok A, B dan C pangsapuri itu sepatutnya diserahkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada 31 Disember tahun lalu, namun mengalami kelewatan serahan kunci akibat urusan dengan TNB.

Beliau dilaporkan berkata seramai 432 pembeli dijangka menerima kunci mereka bulan depan, manakala bagi fasa tiga iaitu Blok D dan E, seramai 215 pembeli dijangka menerima kunci kediaman masing-masing pada Disember tahun ini

"Fasa pertama projek berkenaan iaitu Blok F sudah memperoleh CCC pada tahun 2020," katanya ketika dihubungi.

Laporan itu turut menyatakan lebih 900 pembeli Pangsapuri Taman Seri Molek Perdana di Plentong, di sini, kecewa apabila rumah dibeli yang dibina sejak 12 tahun lalu sehingga kini gagal diserahkan kepada mereka.

Lebih teruk, ada pembeli kini dibelenggu beban kewangan akibat bertahun-tahun menanggung bayaran pinjaman untuk rumah yang tidak siap dan pada masa sama terpaksa menyewa di rumah lain.

Sesetengah pembeli sudah membayar pinjaman perumahan itu kepada pihak bank sejak 2014, malah segelintir terpaksa menyewa rumah lain.

SPNB dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan kerja-kerja akhir penyiapan Projek Taman Seri Molek Perdana di sini sedang giat dilaksanakan bagi memastikan projek ini dapat diserahkan kepada pembeli dengan kadar segera.

Menurut kenyataan itu, SPNB akan memastikan kontraktor menyiapkan Projek Taman Seri Molek Perdana dengan CCC pada suku keempat tahun ini.

Fasa pertama projek sudah memperolehi CCC pada 15 Disember 2020 manakala bagi fasa 2 CCC diperolehi pada 31 Disember 2021.

Jumlah keseluruhan kediaman di Fasa 1, 2 dan 3 Projek Taman Seri Molek Perdana adalah sebanyak 972 unit merangkumi rumah pangsa kos sederhana rendah, pangsapuri kos sederhana dan rumah pangsa kos rendah.
https://www.bharian.com.my/berit ... b-lewat-serah-kunci
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.234056 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list