CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 0

[Johor] Suami mati dibunuh isteri

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Suami mati dibunuh isteri


SEORANG lelaki maut dipercayai dibunuh isteri. FOTO Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Lelaki ditemukan meninggal dunia di kediaman keluarga dipercayai dipukul isterinya di tingkat 3, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 7.50 pagi di kediaman keluarga lelaki berkenaan yang turut dihuni isteri serta anak-anaknya.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul isterinya berusia 35 tahun hingga menyebabkan kematiannya.

"Anak mangsa yang berada di rumah berkenaan adalah saksi utama kejadian berkenaan.

"Polis masih siasat motif kejadian termasuk sama ada suspek menggunakan senjata.

"Isteri mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan polis turut memohon perintah reman," katanya.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, jiran mangsa yang hanya dikenali sebagai Seri, 25, berkata, sejak dua bulan lalu dia kerap mendengar bunyi bising dari kediaman mangsa.

Dia berkata, bagaimanapun dia kurang pasti sama ada keluarga berkenaan berdepan masalah tertentu.

"Mungkin mereka berselisih faham hingga terdengar bunyi seperti pintu dihempas dengan kuat, kerusi diheret dan sebagainya.

"Namun kami tidak sangka ia berakhir dengan tragedi. Difahamkan pasangan itu memiliki dua anak termasuk berusia dua tahun dan 11 tahun," katanya ketika ditemui.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mati-dibunuh-isteri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.436356 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list