CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 0

Supaya nampak langsing, putih, foto Olivia Hye disunting

[Copy link]
Post time 11-7-2022 10:23 AM | Show all posts |Read mode

OLIVIA HYE

Supaya nampak langsing, putih, foto Olivia Hye disunting

PEMINAT Olivia Hye kecewa dan marah kerana penyanyi kegemaran mereka menjadi mangsa label sendiri, Blockberry Creative.

Semuanya gara-gara peminat mengenal pasti beberapa keping foto terbaharu penyanyi kumpulan LOONA itu disunting, menjadikannya lari jauh dari paparan sebenar warna kulit dan fizikal Olivia.

Pada mulanya, syarikat tersebut memuat naik beberapa keping gambar yang disunting sebelum memadamnya dan digantikan dengan gambar asal.

Sekali imbas, memang tidak kelihatan langsung sebarang perbezaan tetapi selepas peminat membuat perbandingan, jelas ketara beberapa bahagian tubuh Olivia disunting.

Gambar pertama memaparkan badan penyanyi itu menjadi lebih kecil selain bahagian ketiaknya disunting dengan kesan ‘lembut’ untuk menghilangkan kedutan kulit.

Lebih teruk, sekeping lagi gambar Olivia berdiri di atas tangga menunjukkan kesan suntingan yang paling ketara apabila penyanyi itu kelihatan sangat langsing dan berkulit putih, berbanding foto asal.

Bahagian pinggul dan lengannya dikecilkan. Malah tahap kecerahan foto berkenaan dinaikkan sehingga menampakkan kulit penyanyi itu kelihatan sangat putih.

Menyedari perkara tersebut, ramai peminat meluahkan rasa kecewa atas tindakan syarikat berkenaan mempromosikan standard kecantikan yang tidak realistik untuk artis mereka. Atau dalam erti kata lain, menipu.

Kata peminat, perbuatan tersebut bukan sekadar membunuh imej dan nama Olivia tetapi juga buat golongan peminat yang selama ini menjadikan selebriti sebagai idola.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ivia-hye-disunting/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039398 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list