|
Guardiola serba salah
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyedari ramai bintang utamanya mahu meninggalkan kelab bagi mendapatkan masa bermain dengan lebih kerap. - EPA
LONDON: Pep Guardiola faham apabila pemain mengambil keputusan meninggalkan kelab bagi mencari lebih masa untuk bermain.
Penyerang Manchester City, Raheem Sterling dan Gabriel Jesus dijangka akan dijual pada musim panas ini.
Dan mereka akan diikuti oleh dua pertahanan, Nathan Ake serta Oleksandr Zinchenko manakala pemain tengah, Bernardo Silva dikatakan akan ke Sepanyol.
Bos City, Guardiola berkata: "Perkara paling rumit untuk diuruskan dalam pasukan ialah pemain yang tidak bermain dan mahu terus membuatkan mereka gembira.
"Tiada penyelesaian terhadapnya — kerana itu pemain yang bagus meninggalkan pasukan, kerana mereka mahu bermain.
Penyerang Manchester City, Raheem Sterling (kanan) dan Gabriel Jesus dijangka akan dijual pada musim panas ini. - Foto premierleague.com
"Saya tidak boleh mengekalkan pemain yang tidak bermain hanya kerana mereka ada kontrak.
"Saya memberitahu pemain, saya mahu mereka gembira. Kami mengenali sesama sendiri untuk tempoh yang lama dan jika ada yang tidak gembira, mereka perlu keluar."
Jesus, 25, mahu menyertai Arsenal dengan nilai £45 juta (RM240.14 juta) kerana bimbang peluangnya agak terhad selepas kehadiran Erling Haaland dan Julian Alvarez.
Sterling, 27, juga bimbang dan dia dimahukan Chelsea, yang turut meminati Ake dan Zinchenko. - AGENSI
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ardiola-serba-salah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|