CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 869|Reply: 0

Foto Justin Bieber Balik Bercuti Lepas Dedah Lumpuh Separuh Wajah Tarik Perhatian

[Copy link]
Post time 28-6-2022 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Buat pertama kali, foto penyanyi Justin Bieber dirakam selepas pendedahannya mengenai separuh wajahnya lumpuh akibat diserang virus pada awal Jun lalu.


Memetik laporan Dailymail, Justin bersama isterinya iaitu model terkenal Haily Baldwin baru sahaja pulang ke Los Angeles selepas bercuti di sebuah pulau persendirian di Bahamas pada Ahad.




Foto Justin bersama Hailey yang dirakam jurugambar bebas.




Foto tersebut memperlihatkan Justin memakai baju hoodie berwarna putih dengan mengenakan topi serta cermin mata hitam tanpa kelihatan wajah penuhnya.


Pasangan selebriti itu meluangkan masa bersama di pulau tersebut sebagaimana Justin perlu memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan dirinya.


Pada 11 Jun lalu, Justin menerusi Instagram miliknya mendedahkan dia mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus dikenali Ramsay Hunt syndrome.


Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Justin turut berkongsi keadaan matanya tidak dapat berkelip dengan betul dan sukar untuk senyum.


  



Penyanyi berusia 28 tahun itu memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang akan berlangsung dalam bulan Jun dan Julai depan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046227 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list