View: 762|Reply: 0
|
JDT ikat bekas pertahanan KL City
[Copy link]
|
|
Daniel Ting sertai semula JDT.
KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sah kembali mengikat bekas pemain pertahanan mereka, Daniel Ting.
Perkembangan itu dimaklumkan JDT di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers hari ini dengan memuat naik video Ting beserta kapsyen: "Selamat kembali".
Daniel yang bermain bersama JDT II pada 2016-2017 sudah dikaitkan dengan perpindahan ke skuad Harimau Selatan selepas dia membantu Kuala Lumpur City (KL City) memenangi Piala Malaysia musim lalu.
Selain JDT II dan KL City, pemain berusia 29 tahun itu juga pernah bersama Negeri Sembilan pada 2016 dan PKNS pada 2018.
JDT terlebih dahulu mengumumkan perpisahan dengan tonggak pertahanan, Mauricio Dos Santos dan kekosongan yang ditinggalkan pemain dari Brazil itu akan diisi Daniel.
Mauricio, 33, menyertai Harimau Selatan sejak 2019 dan memenangi lapan trofi bersama kelab itu.
"Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga JDT," jelas JDT dalam kenyataan, hari ini.
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sebelum ini mendedahkan kelab itu akan menandatangani empat pemain baharu iaitu dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan.
Justeru, dengan pengumuman Daniel sebagai pemain baharu kelab itu, bermakna tiga lagi pemain baharu yang bakal diumumkan JDT dalam masa terdekat.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -pertahanan-kl-city |
|
|
|
|
|
|
| |
|