CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 726|Reply: 0

Peluang KL City masih terbuka

[Copy link]
Post time 26-6-2022 04:35 PM | Show all posts |Read mode

BOJAN (kanan) percaya pasukannya akan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh. FOTO Ihsan KL City FC

Kuala Lumpur: Pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak melihat kegagalan mengutip tiga mata bukanlah bermakna peluang pasukan terbabit untuk melangkah ke pusingan seterusnya sudah tertutup.

Malah, beliau optimis barisan anak buahnya mampu mempamerkan kebangkitan dengan memastikan kemenangan berpihak kepada KL City pada perlawanan kedua Kumpulan H Piala AFC 2022 menentang Tampines Rovers Khamis ini.

Beliau berkata, ketika ini, perkara utama adalah memperbaiki jentera serangan yang dilihat gagal manfaat peluang terhidang terutama pada perlawanan pertama bertemu PSM Makassar Jumaat lalu.

Katanya, walaupun anak buahnya mampu menguasai perlawanan terbabit namun penyudah yang kurang menyengat menyebabkan KL City terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang satu mata.

"Saya rasa peluang kami masih belum tertutup. Malah saya lihat peluang sama rata untuk mana-mana pasukan dalam kumpulan H mara ke peringkat seterusnya dalam kejohanan ini.

"Meskipun ia bukan satu tugas mudah menentang Tampines, namun saya percaya pasukan akan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan itu," katanya.

Sebelum itu, hasrat KL City untuk membuka saingan Kumpulan H dengan kemenangan musnah apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan kelab Indonesia, PSM Makassar di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Walaupun lebih memiliki peluang terbaik, aspek penyudah pasti menghadirkan kerisauan buat pengendali KL City, Bojan Hodak selepas mempersiakan banyak peluang.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -city-masih-terbuka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049279 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list