Brad Pitt mengesyaki dia menghidap prosopagnosia atau ketidakmampuan untuk mengenali atau membezakan wajah seseorang yang menyukarkannya untuk mengingati wajah orang baharu.
Pitt juga mendedahkan bahawa dia telah cuba untuk tidak mabuk dan merokok terlalu kerap.
Salah satu perubahan ketara dalam kehidupan Pitt adalah kesihatannya.
Pitt dalam filem Bullet Train
Foto: Yahoo!
Selepas Angelina Jolie memfailkan perceraian pada 2016, dia cuba untuk lebih peka terhadap kesihatannya. Malah, Pitt sanggup menghadiri Alcoholics Anonymous (AA), sebuah persatuan tidak rasmi untuk bekas penagih alkohol.
Dalam temu bual bersama Insider, Pitt mendedahkan syak wasangka terhadap penyakit yang dihidapinya.
Malah, dia merasakan dirinya dibenci ramai kerana tidak dapat mengenali wajah orang yang pernah ditemuinya.
“Ramai orang membenci saya kerana mereka fikir saya tidak menghormati mereka,” katanya pada 2013.
Selepas merujuk mengenai penyakitnya, Pitt memberi petanda mengenai perancangannya untuk bersara.
Bagaimanapun, dia masih dijadualkan untuk muncul dalam Bullet Train (ditayangkan 2022) dan drama sejarah Babylon.
Terdahulu, Pitt telah mengekalkan reputasi sebagai aktor paling “cool” tanpa isu panas sepanjang kerjayanya, tetapi muncul pula kontroversi selepas perceraiannya dengan aktres Jolie.
Pitt dituduh melakukan penderaan kanak-kanak pada 2016. Namun, Biro Penyiasatan Persekutuan kemudian membebaskan Brad Pitt daripada dakwaan itu.
Berikutan perpisahannya, Pitt berkata dia mengalami ketergantungan alkohol dan kini sedar diri selama hampir enam tahun.
Sumber: Murai |