View: 764|Reply: 0
|
Kedah janji ‘pulun’ di Bali
[Copy link]
|
|
PEMAIN sudah bersedia menghadapi Piala AFC di Bali, Jumaat ini. - IHSAN KEDAH FC
ALOR SETAR: Peluang beraksi di saingan Piala AFC tidak harus dipersia-siakan Kedah Darul Aman (KDA) FC yang akan bertemu Bali United FC pada perlawanan pembukaan Jumaat ini.
Ketua pasukan, Syazwan Zainon mengharapkan rakan-rakannya memberikan penampilan yang paling baik di pentas itu dan secara tidak langsung mampu memikat pasukan kebangsaan untuk mendapatkan khidmat mereka.
Katanya, mereka juga sudah pasti tidak mahu hanya menamatkan saingan di peringkat kumpulan sebaliknya meletakkan sasaran untuk melangkah lebih jauh dalam saingan tersebut.
PEMAIN Kedah menjalani latihan dalam persiapan menghadapi Piala AFC di Bali, Jumaat ini. – IHSAN KEDAH FC
“Saya akan cakap satu sahaja bahawa peluang bukan mai (datang) selalu. Hari ini pun di peringkat Liga Malaysia kita bukan di tempat untuk ke AFC.
“Jadi bila dapat peluang ini kena guna sebaik-baiknya sebab ada pemain yang sampai bersara pun tak dapat peluang ini. Maka kena ambil peluang ini untuk buktikan kepada jurulatih kebangsaan dan skuad bawah 23 tahun juga untuk mereka nilai kita,” katanya.
KDA dilihat memiliki skuad terbaik ketika ini selepas mengumumkan seorang lagi pemain import, Mahmoud Al-Mardi semalam bagi memperkuat pasukan untuk bertemu Bali United, Kaya FC (Filipina) dan Visakha (Kemboja) dalam Kumpulan G.
Kemasukan tonggak pasukan kebangsaan Jordan itu melengkapkan jumlah lima pemain import musim ini yang sedia ada disertai Dechi Marcell, Marc Vales, Sanrawat Dechmitr dan Ronald Ngah Wanja.
Syazwan berkata, pasukan membuat persiapan rapi pada setiap sesi latihan sebelum berlepas ke Indonesia kelmarin, memandangkan sudah beberapa tahun tiada perlawanan kompetitif di peringkat Asia.
Katanya, kombinasi antara skuad muda dan senior yang dimiliki Sang Kenari kini mampu menjadi ramuan terbaik dalam mencapai sasaran diletakkan pengurusan dan peminat KDA.
“Tetapi, jurulatih ada pesan bahawa kita akan hadapi satu demi satu perlawanan di peringkat kumpulan terlebih dahulu kerana ketiga-tiga lawan juga bukan calang-calang pasukan sebaliknya juara dalam liga di negara masing-masing.
“Selalunya perlawanan pertama penting untuk kita tahu hala tuju tetapi saya yakin dengan kemampuan barisan pemain kita akan dapat buat sesuatu,” katanya.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... anji-pulun-di-bali/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|