CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 666|Reply: 0

TFC dijangka tiada masalah benam Penang

[Copy link]
Post time 22-6-2022 09:59 AM | Show all posts |Read mode

Skuad Penyu menjalani latihan ringan di Padang USM, Pulau Pinang petang tadi. - Foto ihsan FB TFC.

KUALA LUMPUR: 'Nafuziball' ataupun 'ZAHball', anak muda menentang 'otai' serta pertembungan pasukan di kemuncak prestasi menentang pasukan dalam proses 'hidup semula'.

Itu antara intipati yang boleh dirangkumkan mengenai pertemuan antara Penang FC (PFC) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam esok.

Berdasarkan situasi semasa, skuad Penyu seharusnya tidak berdepan sebarang masalah untuk terus mengutip mata penuh apabila berkemungkinan besar Penang sekali lagi yang akan 'terkejut' di laman sendiri.

Dengan sistem permainan digelar Nafuziball yang sudahpun serasi dengan pemain, ini kelebihan besar buat mereka apatah lagi skuad Harimau Kumbang masih lagi tercari-cari arah di bawah kendalian jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan.


Namun jangan memperkecil 'otak' Zainal - buku nota jurulatih berusia 60 tahun ini pasti lebih tebal berbanding Nafuzi dan pengalamannya yang lebih panjang dalam arena kejurulatihan pasti membantu Zainal mencorak strategi lebih baik.

Cuma kekangannya adalah selepas mengambil kira ini adalah perlawanan kedua Zainal, mampukah barisan pemainnya menterjemahkan apa yang dimahukan olehnya di atas padang nanti?

Jadi, menarik untuk menyaksikan apakah strategi yang bakal diatur Zainal untuk 'memukat' Penyu dan apakah rupa bentuk ZAHball yang akan diperagakan pemain Penang malam ini?

Jika dinilai di atas kertas, TFC juga tampak sudah memasuki mode 'bulldozer' di mana mereka 'menghentam' apa sahaja yang menjadi halangan di depan mereka - ini dibuktikan dengan tiga kemenangan berturut-turut yang dilakar setakat ini.

Dua kekalahan di awal musim jelas sudah menjadi sejarah dan lebih mengagumkan, gawang mereka langsung tidak dibocori dalam tiga kemenangan berturut-turut yang dicatat mereka sebelum ini.

Dengan trend yang ditunjukkan TFC, mereka menang ketiga tiga perlawanan dengan keputusan 2-0 - jadi tiga gol menjadi sasaran Penang jika mereka mahu mencatat kemenangan ke atas pelawat.

Tetapi, skuad Harimau Kumabng belum pernah meledak tiga gol dalam satu perlawanan sepanjang musim ini. Malah hanya dua kali menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan, itupun mereka tewas juga di tangan KL City FC dan Sabah FC.

Dengan statistik yang tidak memihak kepada Penang, ini meninggalkan tugas yang berat buat Zainal dan anak buahnya jika mereka berhasrat menjadikan perlawanan ini sebagai titik kebangkitan untuk skuad Harimau Kumbang bagi musim ini.

Positifnya, mereka tidak tewas pada minggu lalu di tangan PJ City FC, namun dengan gelaran 'pakar seri' yang diberikan kepada Penang pada musim ini, inilah masanya mereka cuba untuk membuktikan label itu dengan mencuri satu mata.

Sebagai pasukan tercorot yang belum lagi merasai nikmat kemenangan, satu mata menentang pasukan seperti TFC adalah lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... asalah-benam-penang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.975615 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list