View: 763|Reply: 0
|
Nick Jonas teruja pertama kali sambut Hari Bapa
[Copy link]
|
|
Priyanka dan Nick kongsi foto anak mereka.
PENYANYI Nick Jonas berasa sangat teruja dapat menyambut Hari Bapa bersama anak perempuannya yang diberi nama Malti.
Memetik laporan Hollywooodlife, sumber terdekat memberitahu sambutan tersebut sangat istimewa buat Nick yang sudah lama menunggu untuk bawa pulang bayinya ke rumah.
"Sangat bermakna. Nick sangat teruja untuk menyambut hari bapa buat kali pertama, ia sesuatu yang besar untuk bapa baharu.
"Apatah lagi, selepas menunggu lama untuk bawa Malti pulang ke rumah dan semua tekanan menjadikan ia lagi bermakna apabila mempunyai anak perempuannya di rumah pada hari istimewa.
"Nick kata, dia tidak akan minta hadiah yang lebih baik. Bukan saja Hari Bapa itu istimewa untuk Nick, tapi untuk bapanya dan juga bapa Priyanka," kata sumber.
Nick sentiasa utamakan perasaan Priyanka.
Pada Januari lalu, Priyanka dan Nick berkongsi berita gembira mereka menyambut bayi sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga.
Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan di usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.
Selepas 100 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), akhirnya pasangan selebriti terkenal itu teruja dapat membawa pulang bayi perempuan mereka pada Mei lalu.
Priyanka menerusi laman Instagram miliknya mengakui dia dan suami berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang beberapa bulan anak mereka yang lahir pra-matang menerima rawatan.
Untuk rekod, Nick dan Priyanka yang berkahwin pada 1 Disember 2018 berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram masing-masing.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... h-bayi-perempuannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|