View: 764|Reply: 0
|
Syamer wira tak didendang
[Copy link]
|
|
Pemain Malaysia, Syamer Kutty diasak oleh pemain Bangladesh, Mohammad Atiqur Rahman Fahad pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD
KUALA LUMPUR: Di sebalik kejayaan Harimau Malaya mencipta sejarah layak ke Piala Asia secara merit selepas 42 tahun, mungkin ramai yang lupa atau terlepas pandang terhadap peranan besar perancang tengah muda negara, Syamer Kutty Abba.
Malah, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) berusia 25 tahun itu juga pernah menjadi bahan kecaman netizen ketika skuad negara tidak berada dalam prestasi yang baik sebelum ini.
Namun, di bawah kendalian Kim Pan Gon, Syamer membuktikan bahawa dia mampu memainkan watak penting untuk menggerakkan bahagian enjin Harimau Malaya.
Sepanjang dua aksi persahabatan berdepan Brunei dan Hong Kong serta tiga perlawanan dalam kempen kelayakan, Syamer boleh dikatakan pemain paling sibuk dengan dia diletakkan dalam kesebelasan utama selain sentiasa turun naik membantu bahagian serangan dan pertahanan.
Bagi Syamer, kejayaan yang dikecapi Harimau Malaya adalah hasil daripada kerja keras semua pihak termasuk barisan kejurulatihan dan penyokong setia pasukan negara.
"Alhamdulillah perasaan saya memang seronok, Allah yang tentukan kemenangan bagi kita malam ini. Terima kasih kepada penyokong, mereka adalah antara faktor utama kejayaan ini.
"Ini kali pertama saya merasai kejayaan seperti ini, terima kasih juga kepada semua jurulatih, staf dan pemain. Kita kena buat persiapan dengan baik kerana kita akan bertemu pasukan lebih baik selepas ini.
"Kami memang gembira dapat cipta sejarah, saya pun baru umur 25 tahun dan ia pengalaman yang bagus untuk kami. Selama ini kita setakat Asia Tenggara sahaja, bagi saya kita harus melangkah lebih jauh dan ini adalah langkah terbaik untuk ke arah itu," katanya.
Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit selepas menundukkan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Untuk rekod, kali terakhir Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Asia dengan kelayakan secara merit pada 1980 dan skuad negara juga pernah beraksi di kejohanan sama pada 2007, namun menerusi tiket sebagai tuan rumah.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -wira-tak-didendang |
|
|
|
|
|
|
| |
|