View: 782|Reply: 0
|
Memikirkan Baju 5 Tahun Lalu Dah Tak Muat, Inul Daratista Buat Lipolysis
[Copy link]
|
|
Gara-gara pakaian lama tidak muat dipakai, penyanyi dangdut Inul Daratista membuat lipolysis atau rawatan pelangsingan badan menggunakan sistem laser khas.
Sama seperti semua wanita, Inul juga mahu kelihatan cantik dan langsing biarpun usianya sudah mencecah 43 tahun.
IG Inul
"Keinginan wanita itu banyak sangat, semua wanita ingin cantik, badan kelihatan menarik dan bagus. Jalan menyelesaiannya sangat tepat bila datang klinik untuk lipolysis.
"Seperti yang saya lakukan ini juga rawatan daripada doktor Hartono. Badan boleh jadi dalam keadaan baik tanpa perlu pengambilan ubat kurus.
"Saya buat rawatan itu sebab memikirkan baju. Bandingkan lima tahun lalu dengan sekarang. Apa lagi pereka fesyen sekarang kan mahal nak buat baju.
IG Inul
"Baju lama saya sudah tak muat. Jadi, saya berusaha untuk diet, senaman, tapi tetap baju tak muat sebab lengan besar. Saya pernah ambil suntikan," katanya dipetik Kapanlagi.
Sekadar info, lipolysis merupakan rawatan yang menyingkirkan lemak degil pada bahagian tubuh dengan menggunakan laser.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|