CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 0

Farizal teruk kena kecam netizen

[Copy link]
Post time 12-6-2022 02:21 PM | Show all posts |Read mode

FARIZAL (kiri) dilihat terduduk kecewa. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Peluang Malaysia untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023 dilihat semakin sukar terutamanya selepas tewas 1-2 kepada Bahrain sekali gus mengundang rasa tidak puas hati penyokong bola sepak tanah air.

Bukannya kerana corak permainan yang ditampilkan pasukan menyebabkan mereka 'bengang' namun lebih kepada kesilapan individu menjadi punca utama gawang skuad Harimau Malaya dibolosi pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.

Rata-rata penyokong Harimau Malaya menjadikan penjaga gol negara, Farizal Marlias sebagai 'objek' untuk melepaskan kemarahan kerana kegagalan pasukan meraih sekurang-kurangnya satu mata sebagai bekalan selesa untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia.

Rata-rata netizen 'membuat kerja' dengan menyerang akaun Instagram milik penjaga gol berusia 36 tahun itu dengan mahu pemain berkenaan diketepikan pada perlawanan menentang Bangladesh Rabu ini.

"Maaf cakap, game first pun gol mudah, lepas itu beri peluang game kedua pun gol mudah…Bukan saja kita mahu nak salahkan ko..tapi ada sebab di stage seperti ini tolonglah elak buat kesilapan mudah.. Terus jatuh moral rakan sepasukan yang bermain bermati-matian," kata ijatsatar.

"Dekat situ ada pertahanan, bola jauh, kau keluar, masih ok lagi… bola golek jauh lawan pun tak dapat kejar tapi kena pergi tackle," kata alwaysready.cum.

Namun, disebalik kecaman itu, Farizal turut menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada penyokong bola sepak tanah air yang mahu pemain berkenaan tampil lebih menyakinkan dan mengurangkan kesilapan bagi memastikan gawang negara tidak lagi bocor.

Sebagai rekod, pada perlawanan malam tadi menyaksikan Bahrain bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk meraih kemenangan 2-1 sekali gus membolehkan mereka menghimpun enam mata maksimum dan menggungguli Kumpulan E pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Dengan dua kemenangan berturut turut itu, mereka kini berada pada kedudukan terbaik dan hanya memerlukan satu mata daripada aksi berdepan Turkmenistan untuk layak automatik ke saingan Piala Asia 2023 sebagai juara kumpulan manakala Malaysia pula perlu menang besar menentang Bangladesh.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kena-kecam-netizen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.241720 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list