View: 1084|Reply: 2
|
5 tahun bercinta, Britney Spears, Sam Asghari berkahwin
[Copy link]
|
|
BRITNEY dan Sam berkahwin dalam sebuah majlis tertutup di Los Angeles semalam.
5 tahun bercinta, Britney Spears, Sam Asghari berkahwin
DESAS-DESUS kononnya Britney Spears sudah mendirikan rumah tangga akhirnya terjawab apabila penyanyi lagu Toxic itu disahkan berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari selepas lima tahun bercinta.
Menurut sumber E! News, pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis di Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.
Difahamkan, Britney memakai busana yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Donatella Versace, barang kemas Stephanie Gottlieb dan disolek Charlotte Tilbury pada hari bahagianya.
Britney juga memilih lagu Can’t Help Falling in Love nyanyian Elvis Presley bagi mengiringinya ke altar perkahwinan.
Perkahwinan Britney, 40, dan Sam Asghari, 28, yang merupakan seorang pelakon serta jurulatih kecergasan berlangsung sembilan bulan selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka.
Pasangan itu bertemu buat kali pertama pada 2016 di set penggambaran video muziknya berjudul Slumber Party.
Sebelum ini Britney pernah mendirikan rumah tangga dengan rakannya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004, namun perkahwinan tersebut kemudiannya dibatalkan.
Pada tahun sama, Britney berkahwin buat kali kedua dengan penari, Kavin Federline.
Menerusi perkahwinan tersebut Britney dikurniakan dua orang anak lelaki, bagaimanapun mereka bercerai pada 2007. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -asghari-berkahwin/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga bahagia hingga akhir hayat |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats! Nampak berseri seri dia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|