CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 513|Reply: 0

[Negeri Sembilan] RHR penuhi impian B40 miliki rumah sendiri

[Copy link]
Post time 2-6-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode

NOOR Azura (tengah) bersama ahli keluarga dipilih sebagai penerima pertama program Rumah Harapan Rakyat (RHR) di Kampung Senama Masjid Rembau. FOTO ihsan Noor Azura

Rembau: "Saya bersyukur kerana impian untuk memiliki dan mendiami rumah sendiri akhirnya tercapai," kata Noor Azura Moktazar, 32, penerima pertama program Rumah Harapan Rakyat (RHR) anjuran kerajaan negeri.

Suri rumah itu berkata, suaminya, Norshyqal Ezwan Yahya, 32, memohon mendapatkan bantuan menerusi program berkenaan dan bersyukur kerana permohonan itu berjaya.

Ibu kepada tiga anak berusia lapan hingga 13 tahun itu berkata, suaminya hanya bekerja sebagai kerani di Balai Undang dekat sini, dengan pendapatan RM1,900 sebulan.

Menurutnya, pendapatan sebanyak itu tidak mampu untuk membeli rumah yang dibina di taman perumahan oleh pihak swasta kerana harganya yang terlalu tinggi.

"Kami berterima kasih kerana kerajaan negeri menyediakan inisiatif menerusi program RHR ini malah bersyukur kerana menjadi penerima pertama program berkenaan.

"Selepas ini kami sekeluarga tidak perlu lagi duduk di rumah sewa," katanya selepas majlis penyerahan kunci projek RHR di Kampung Senama Masjid dekat sini, petang semalam.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malek.

Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM10 juta bagi membina 120 rumah dalam program RHR ini khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, konsep pelaksanaan RHR membabitkan kediaman dibina di tapak atau tanah milik pemohon sendiri.

Kata beliau, projek ini dibahagikan kepada dua fasa dengan fasa pertama membabitkan 60 rumah yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun ini.

"Program RHR adalah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang lebih sempurna serta selesa.

"Pembiayaan pembinaan RHR berharga RM78,000 seunit dengan pemohon hanya perlu membuat bayaran balik RM60,000 sahaja selama tempoh 30 tahun dengan amaun bayaran bulanan serendah RM200 serta tidak dikenakan faedah," katanya.

Menurut beliau, rumah RHR berkeluasan kira-kira 750 kaki persegi dengan reka bentuk menampilkan ciri-ciri moden serta dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur serta ruang tamu.

Kata beliau, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) akan melantik kontraktor untuk membina rumah berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iliki-rumah-sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list