View: 530|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Penjara 2 tahun, sebat, hanya kerana telefon bimbit
[Copy link]
|
|
Kuala Pilah: Hanya kerana 'idamkan' telefon bimbit, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan satu sebatan selepas merompak seorang wanita.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Norma Ismail terhadap tertuduh, Mohamad Ali Zainal, 36, selepas lelaki itu mengaku salah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu jam 5.30 petang pada 23 Mei lalu di kaunter sebuah syarikat insuran di Bahau dengan merompak sebuah telefon bimbit jenama iPhone 12 pro.
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan seorang wanita berusia 42 tahun dalam ketakutan dan kecederaan boleh berlaku serta merta.
Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat.
Mengikut fakta kes, tertuduh meluru masuk dan menuju ke kaunter dalam keadaan tergesa-gesa sambil memasukkan tangan ke dalam beg sandang yang dibawanya sebelum diminta keluar oleh staf lain namun tertuduh enggan dan berlaku pertengkaran mulut.
Ini menyebabkan staf di premis berkenaan ketakutan dan terus berlari ke belakang sebelum seorang wanita terlihat tertuduh mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kaunter.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rana-telefon-bimbit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|