View: 427|Reply: 0
|
Kami tidak ‘perlekeh’ India
[Copy link]
|
|
GOH Tze Fei-Nur Izzuddin Rumsani gagal menyumbang mata dalam acara beregu pertama.
PETALING JAYA: Rexy Mainaky menafikan Malaysia memandang rendah kemampuan India sehingga dikejutkan 2-3 pada suku akhir badminton Piala Thomas di Bangkok kelmarin.
Malaysia bukan sahaja mengalami kekalahan pertama kepada India dalam tempoh 42 tahun, iaitu sejak 1979, malah terus kempunan untuk menjulang kejuaraan yang kali terakhir dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.
Sejak itu, pencapaian terbaik skuad negara adalah empat kali muncul naib juara pada edisi 1994 di Jakarta, Indonesia, 1998 di Hong Kong, 2002 di Guangzhou, China dan 2014 di New Delhi, India.
Kemenangan sensasi ke atas Malaysia juga membolehkan India melayakkan diri ke separuh akhir Piala Thomas buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun.
KEJAYAAN Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama Malaysia gagal menaikkan semangat pasukan negara untuk memenangi perlawanan. – AFP
“Kalau ada yang kata kami memandang rendah kemampuan India, itu sama sekali tidak betul. Sejak awal lagi kami sedar kekuatan mereka dan perlawanan ini adalah 50-50.
“Kami boleh menang dan kami juga boleh kalah kepada mereka. India juga memiliki tiga atau empat perseorangan yang bagus, manakala beregu pertama mereka pernah mengalahkan pasangan kita,” kata Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu.
Rexy turut mempertahankan tindakan menurunkan Goh Tze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu pertama selepas sedangkan Malaysia mempunyai dua pasangan dengan ranking lebih baik iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (enam dunia) dan Ong Yew Sin-Teo Eei Yi (10).
Tze Fei-Nur Izzuddin, beregu No. 13 dunia kalah 19-21, 15-21 kepada pasangan ranking kelapan, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, keputusan yang dianggap menjadi titik kekalahan pasukan negara.
Aaron digandingkan dengan Ee Yi, dan gandingan serpihan itu mengalahkan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-19, 21-17.
PEMAIN India meraikan kejayaan menumpaskan Malaysia pada suku akhir Piala Thomas di Bangkok semalam.
“Semua beregu kami berada pada keadaan terbaik dan bersedia tetapi pemilihan dibuat melihat kepada momentum mereka dalam kejohanan ini.
“Sze Fei-Nur Izzuddin beraksi dengan baik ketika kami menumpaskan Jepun. Mungkin juga kemenangan itu membuatkan mereka meletakkan harapan tinggi kepada diri sendiri dan memberi tekanan tidak sepatutnya,” kata Rexy.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann memuji persembahan Lee Zii Jia yang menyumbangkan mata pertama dengan menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia, Lakshya Sen 23-21, 21-9. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... dak-perlekeh-india/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|