|
Aksi perlawanan di antara Sabah FC menentang Kelantan United FC dalam saingan Piala FA Malaysia 2022 di Stadium Likas, malam ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin
KOTA KINABALU: Sabah FC mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kelantan United 2-1 dalam aksi masa tambahan di Stadium Likas, di sini, malam tadi.
Kedua-dua pasukan terdahulu terikat 1-1 dalam tempoh permainan sebenar .
Gol Saddil Ramdani pada minit ke-111 menjadi penyelamat kepada pasukan Sabah untuk meneruskan kemaraan.
Sabah FC mendahului perlawanan apabila berjaya mencipta gol pertama pada minit ke-41 menerusi rembatan pemain import dari Jepun, Taiki Kagayama yang pantas mengambil peluang merampas bola yang terlepas daripada dakapan penjaga gol Kelantan, Mohd Fikri Che Soh.
Pemain Sabah FC, Taiki Kagayama (kanan) meraikan gol selepas menewaskan penjaga gol Kelantan United FC, Mohammad Fikri Che Soh (kiri) dalam saingan Piala FA Malaysia 2022 di Stadium Likas, malam ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin
Pemain Sabah FC, Taiki Kagayama (kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan. - NSTP/Mohd Adam Arinin
Sebelum itu, Mohd Fikri menggagalkan percubaan pemain Sabah FC, Stuart John Wilkin, namun Kelantan kurang bernasib baik apabila bola yang terlepas daripada dakapan Mohd Fikri berjaya dirampas Taiki.
Memasuki babak kedua permainan, pemain Kelantan mula bermain lebih agresif sehingga akhirnya berjaya mencetak gol penyamaan pada minit ke-67 melalui pemain importnya, Njoku Jacob.
Kedudukan 1-1 itu kekal hingga ke wisel penamat sekali gus memaksa permainan dilanjutkan ke masa tambahan.
Aksi perlawanan di antara Sabah FC menentang Kelantan United FC dalam saingan Piala FA Malaysia 2022 di Stadium Likas, malam ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin |
|