CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 0

Muat naik 12 foto bogel, peminat bimbang kesihatan mental Britney Spears

[Copy link]
Post time 11-5-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Britney kongsi 12 foto bogel.


PENYANYI Britney Spears mengundang rasa bimbang dalam kalangan peminatnya apabila dia memuat naik 12 foto gambar bogel di Instagram pada Isnin.

Menerusi foto pertama, Britney yang kini sedang hamil anak ketiga memberitahu ia diambil ketika bercuti di Mexico.

“Beberapa foto terakhir saya ketika berada di Mexico, sebelum ada bayi dalam perut saya... kenapa saya kelihatan 10 tahun lebih muda?”

Kemudian, dalam gambar bogel yang lain, dia menulis kapsyen menyatakan rasa sayang kepada pengikutnya.

Perkara itu membuatkan segelintir peminat bimbang dengan tahap kesihatan mental penyanyi tersebut.

“Anda memerlukan beberapa kawan sejati. Rakan tidak membenarkan anda menyiarkan perkara seperti ini. Saya maksudkan itu dengan kasih sayang. Fikirkan tentang bayi anda,"

"Sangat menyedihkan, Britney memerlukan bantuan. Mengecewakan kerana sesetengah peminatnya memberikan maklum balas positif, menggalakkan siaran ini,"

"Dia membuktikan berulang kali mengapa dia perlu dijaga..." demikian antara komen netizen.

Untuk rekod, Spears berada di bawah konservator selama 13 tahun dan akhirnya ditamatkan pada November lalu sekaligus membebaskannya daripada kawalan bapanya Jamie.

Sementara itu, tunangnya, Sam Asghari, mengumumkan pasangan itu telah memilih tarikh perkahwinan.

“Hari besar telah ditetapkan! Tetapi tiada siapa yang akan tahu,” tulis Asghari di Instastory.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.154291 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list