View: 388|Reply: 0
|
Skuad futsal negara azam tebus kekecewaan
[Copy link]
|
|
JURULATIH futsal negara, Chiew Chun Yong. -FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Selepas terkandas di peringkat kumpulan kejuaraan Futsal AFF 2022, skuad negara berazam untuk mengubat kekecewaan dengan beraksi lebih cemerlang di Sukan Sea Hanoi 2021 apabila bakal berdepan Thailand dalam aksi pembukaan acara berkenaan di Gimnasium Ha Nam, Phu Ly Khamis ini.
Kekecewaan bulan lalu harus dilupakan segera buat anak buah Chiew Chun Yong untuk setidak-tidaknya mengulangi pencapaian 2017 di laman sendiri dengan meraih perak.
Bagi ketua pasukan, Khairul Effendy Bahrin aksi di temasya dwi tahunan ini adalah tempoh penting buatnya dan rakan-rakan membuktikan kemampuan serta meraih kepercayaan peminat bahawa penampilan di Hanoi bukan sekadar mahu melengkapkan saingan.
"Setakat ini Alhamdulillah semua pemain berada dalam disiplin dan fokus pada tahap tinggi walaupun kami sedia maklum Thailand bukan lawan yang mudah," katanya yang sudah memulakan latihan bersama rakan-rakan lain sejak 29 April lalu.
Menurut pemain Pahang Rangers itu, dalam sukan futsal tiada yang mustahil walaupun mereka berdepan penyandang pingat emas dan lawan yang mengalahkan mereka 2-4 di saingan AFF bulan lalu.
"Sebenarnya di AFF sebelum ini kami berjaya memberi saingan sengit dengan Thailand. Insya-Allah bagi aksi sulung bertemu mereka di Sukan Sea ini kami berazam memberikan persembahan sehabis baik.
"Thailand mungkin akan menggunakan taktik dan hadir dengan kekuatan sama, tapi kami harus kekal fokus sehingga tamat perlawanan. Jika kami sedikit lalai terutama pada lima minit terakhir mereka akan sentiasa mempunyai peluang untuk mengambil kesempatan," kata pemain berusia 34 tahun itu.
Saingan futsal di Sukan Sea 2021 dijalankan secara round robin membabitkan lima buah negara, Thailand, Malaysia, tuan rumah Vietnam, naib juara AFF, Indonesia dan Myanmar.
Jika gagal bermula dengan cemerlang skuad futsal negara bakal berdepan aksi sukar pada perlawanan kedua Sabtu ini apabila berdepan tuan rumah.
Aksi ketiga adalah menentang Indonesia lawan yang mengalahkan mereka 1-5 pada saingan peringkat kumpulan AFF di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok.
Satu lagi pencapaian terbaik skuad futsal negara di temasya ini ialah meraih perak di Sukan Sea Korat 2007, sebelum pulang dengan tangan kosong pada 2011 (Jakarta) dan 2013 (Naypyidaw).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... am-tebus-kekecewaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|