CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Terengganu] x Tempoh masa lampu isyarat hijau laluan utama dipanjangkan

[Copy link]
Post time 28-4-2022 04:07 PM | Show all posts |Read mode

ROHAIMI (kiri) menyampaikan cenderamata kepada pemandu selepas merasmikan pelancaran Op Selamat di Plaza Tol Gemuroh, hari ini. FOTO BAHAROM BAKAR

Kuala Terengganu: Tempoh masa lampu isyarat hijau di laluan utama di negeri ini akan dipanjangkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang cuti Aidilfitri akan datang.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tempoh pelanjutan masa lampu isyarat dipersetujui hasil mesyuarat bersama dengan kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, masalah kesesakan lalu lintas terutama di laluan utama dijangka selesai apabila tempoh masa pertukaran lampu hijau akan dilanjutkan.

"Keputusan melanjutkan tempoh masa lampu isyarat dipersetujui hasil mesyuarat bersama membabitkan kerajaan negeri dan JKR," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran Op Selamat ke-18 sempena Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Gemuroh, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Md Hilman Abd Rashid dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Zulkarnain Yasin.

Dalam perkembangan lain, Rohaimi berkata, polis mengenal pasti sebanyak 20 kawasan hitam yang sering berlaku kemalangan maut terutama ketika musim perayaan.

Katanya, lokasi itu termasuk empat di daerah Dungun dan Marang, tiga di Kemaman dan Setiu, dua di Hulu Terengganu dan Besut serta satu lokasi di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

"Seramai 44 pegawai dan 432 anggota dikerah sepanjang Op Selamat 18 bermula esok sehingga 8 Mei ini bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut ketika musim perayaan di negeri ini.

"Selain itu, enam lokasi panas yang sering berlaku kesesakan lalu lintas dikenal pasti dan anggota polis akan ditempatkan di situ untuk mengawal pergerakan lalu lintas," katanya.

Katanya, pihaknya menjangkakan 130,000 kenderaan dijangka memasuki negeri ini melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan jalan persekutuan bermula esok sehingga Isnin ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -utama-dipanjangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5255 Replies : 21
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177044 Replies : 4058
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21869 Replies : 121
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7092 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39764 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3602 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73033 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45439 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.466914 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list