CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 0

[Terengganu] Muka je hodoh, harga mahal

[Copy link]
Post time 28-4-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Asrol menunjukkan kambing jamnapari dipanggil leweh. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Seekor kambing baka jamnapari yang diternak seorang pemuda tidak ubah seperti hantu namun ia menjadi kegilaan ramai hingga ditawar dengan harga yang tinggi kerana sukar diperolehi.

Kambing jamnapari yang dipanggil leweh itu ditawar hingga mencecah RM10,000 oleh seorang peminatnya baru-baru ini.

Pemiliknya, Mohd Asrol Gulam Mohd, 36, dari Kampung Surau Panjang berkata, kambing jamnapari miliknya itu dibeli ketika berusia tujuh bulan dengan harga RM7,000 seekor.

"Saya tidak akan jual leweh walaupun ditawar dengan harga RM20,000 kerana kambing seperti itu hanya satu dalam seribu.

"Leweh sudah banyak berjasa kepada saya, saya banyak menjual anak-anak leweh dan ada antaranya berharga hingga RM9,000 untuk empat ekor.

"Malah kambing jamnapari seperti leweh sukar diperolehi sekarang dan jika ada pun ia berharga tinggi serta diimport dari Indonesia," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Dia berkata, kambing jamnapari berusia lebih dua tahun itu ditawar dengan harga RM10,000 seekor tetapi dia tidak berhasrat untuk menjualnya.

"Biar saya bela leweh hingga ke akhir hayatnya, lagipun leweh masih produktif sebagai pembaka dan pejantan utama di kandang.

"Terbaru leweh mencipta rekod tersendiri apabila menjuarai pertandingan kambing baka 2022 selain dipilih sebagai kambing juara antara juara pada pertandingan itu," katanya.

Menurutnya, kemenangan leweh menyebabkan harganya semakin melambung dan digilai peminat kambing jamnapari di seluruh negeri ini.

"Selain leweh, saya mempunyai 14 ekor kambing jamnapari yang diternak lebih 10 tahun lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... e-hodoh-harga-mahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.448284 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list