CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 1

[Terengganu] Tukang jahit OKU termenung, pelanggan baiki jean semakin kurang

[Copy link]
Post time 27-4-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

MOHD. Alamin Jais yang cacat kedua tangan termenung menanti pelanggan di kedainya di tingkat atas Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU: Setiap kali Aidilfitri, seorang tukang jahit orang kurang upaya (OKU) di tingkat atas Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini mampu meraih pendapatan lumayan mencecah RM2,000 sebulan hasil membaiki jean pelanggan.

Namun, sejak lima tahun kebelakangan ini, situasi itu hanya tinggal kenangan dan tukang jahit OKU, Mohd. Alamin Jais, 50, terpaksa akur dengan upah kurang daripada RM500 sebulan bagi menyara keluarganya.

Menurut Mohd. Alamin, pe­rubahan zaman di samping lo­kasi premisnya yang makin di­jauhi ramai menyebabkan sam­butan terhadap perkhidmatan membaiki jean makin merosot saban tahun.

Dia yang cacat kedua-dua tangan berkata, masanya kini lebih banyak dihabiskan dengan termenung menanti pelanggan, jauh berbeza berbanding keada­an sebelumnya.

“Sepatutnya tempoh menjelang raya merupakan waktu paling sibuk bagi mana-mana tukang jahit jean sebagaimana tukang jahit baju kurung dan Melayu, tetapi semuanya hanya tinggal kenangan.

“Sambutan yang merosot ini berkemungkinan kerana keba­nyakan jean yang dijual di pasaran kini menepati saiz pengguna tanpa perlu dipotong atau dikecilkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mohd. Alamin berkata, mata pencariannya kini hanya bergantung kepada pelanggan tetap di samping turut menawar­kan khidmat membaiki baju Melayu dengan upah memotong seluar yang serendah RM5 untuk sehelai.

Malah, dia juga juga sanggup melakukan perkhidmatan tambahan iaitu menuruni anak tangga bagi mengambil seluar-seluar pelanggan susulan masalah parkir di kawasan hentian bas itu.

“Sudah 15 tahun saya bero­perasi di sini dan walaupun perniagaan makin suram tetapi terpaksa diteruskan demi menyara keluarga kerana kesemua lima anak yang berusia antara enam ke 19 tahun masih belajar.

“Di samping itu, saya ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian keluarga,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ean-semakin-kurang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2022 11:14 AM | Show all posts
cuba tingkatkan kemahiran dengan jahit baju pulak..
mesti ada permintaan..
buat masa ni bukan takde orang nak repair baju, nak beli baju baru pun ramai berkira..
bukan dia sorang je terjejas pendapatan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.066349 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list