CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Terengganu] Penceramah bebas dibebaskan dengan jaminan polis

[Copy link]
Post time 20-4-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Penceramah bebas yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, ia susulan tempoh reman terhadap suspek berusia 61 tahun berakhir sementara menunggu arahan lanjut.

Menurutnya, suspek yang ditahan di Balai Polis Ajil, Isnin lalu sebelum ini direman dua hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

"Pegawai penyiasat akan melengkapkan kertas siasatan dan merujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri," katanya ketika dihubungi, di sini.

Portal Harian Metro semalam melaporkan polis menahan penceramah bebas bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.

Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan, kelmarin selepas ibu kepada mangsa membuat laporan polis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engan-jaminan-polis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050833 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list