CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

Terengganu sasar pertahan Piala Agong

[Copy link]
Post time 19-4-2022 03:58 PM | Show all posts |Read mode

AMIR Amri Mohammad. -FOTO Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Walaupun diundi dalam kumpulan 'maut', skuad ragbi Terengganu berada pada landasan terbaik untuk mempertahankan gelaran juara Piala Agong musim ini.

Keyakinan itu disuarakan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT), Amir Amri Mohammad yang melihat persiapan rapi selain barisan pemain skuad itu bakal menjadi 'senjata' utama untuk merangkul gelaran buat kali kedua.

Bagaimanapun beliau akui persaingan memburu kejuaraan itu pasti sengit biarpun tanpa kehadiran finalis, Sabah yang juga kuasa besar dalam sukan lasak itu.

"Diundi bersama pasukan pilihan iaitu Melaka, Johor dan Kedah sudah pasti tugas getir buat Terengganu untuk mempertahankan gelaran dalam kejohanan paling berprestij itu, ini kerana untuk mempertahankan gelaran adalah lebih sukar berbanding usaha untuk memburu gelaran.

"Namun dengan berbaki kurang enam bulan lagi sebelum tirai kejohanan bermula, kita yakin dengan persiapan rapi dilakukan, kami berada di landasan terbaik untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi buat kali pertama tiga tahun lalu.

"Cabaran berganda juga buat kami untuk mempertahankan gelaran 7 sepasukan kebangsaan, namun pesanan saya buat pemain, mereka perlu konsisten dan perlu ada mentaliti sebagai juara bagi memastikan kedua-dua misi itu tercapai," katanya ketika dihubungi.

Pada saingan terakhir Piala Agong pada 2019 sebelum penganjuran kejohanan itu ditangguhkan berikutan wabak pandemik Covid-19, skuad ragbi Terengganu melakar sejarah muncul juara menundukkan juara bertahan, Sabah dengan keputusan 25 berbalas 24.

Kejohanan Piala Agong edisi ke-38 bakal bermula 22 Oktober hingga 26 November depan membabitkan penyertaan 16 pasukan kecuali Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dibahagikan kepada empat kumpulan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ertahan-piala-agong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039961 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list