CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Terengganu] JSPT Terengganu keluar 54 saman, sita dua motosikal

[Copy link]
Post time 17-4-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Anggota BSPT memeriksa motosikal yang ditahan dalam Operasi Motosikal di Kuala Berang, pada Sabtu.

HULU TERENGGANU – Tindakan pemilik dua motosikal mengubah suai struktur dan ekzos tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan selain mengeluarkan bunyi bising mengundang padah apabila kenderaan tersebut disita polis pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selepas kesalahan itu berjaya dikesan.

Menurutnya, sekumpulan motosikal telah diperiksa oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Terengganu dalam Operasi Motosikal di Kuala Berang pada jam 8 malam, Sabtu.

“Hasil pemeriksaan itu, polis turut mengeluarkan 54 saman kepada semua kumpulan penunggang motosikal berusia antara 30 hingga 40 tahun ini atas pelbagai kesalahan selain menyita dua motosikal.

“Kesalahan paling banyak dilakukan adalah tiada cermin sisi, diikuti tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, nombor plat fancy, tiada nombor pendaftaran, cukai jalan tamat tempoh dan aksesori tidak sempurna,” katanya di sini pada Ahad.

Ismail berkata, konvoi disertai 22 penunggang motosikal yang semuanya bekerja sendiri itu dilaporkan bertolak dari Dungun pada jam 5.30 petang dan tiba di sebuah kedai makan di sini sejam kemudian untuk berbuka puasa.

Katanya, pasukan BSPT yang diketuai Inspektor Zainon Abidin Ismail bersama 15 anggota telah membuat pemerhatian terhadap kumpulan tersebut dan melakukan pemeriksaan selepas mereka selesai berbuka puasa.

“Semua motosikal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk pemeriksaan sebelum menemui pelbagai kesalahan dan penguatkuasaan ini dilakukan bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan demi keselamatan sendiri dan orang lain.


"Selain mengeluarkan saman, polis turut memberi nasihat dan tunjuk ajar cara konvoi yang betul supaya mereka faham serta tidak mengulangi kesalahan demi keselamatan bersama," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -sita-dua-motosikal
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055565 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list