CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masih ramai 'langgar' zon khas motosikal, basikal di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 16-4-2022 09:18 AM | Show all posts |Read mode

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Connie Tan (tengah) ketika pelancaran kempen kesedaran kemudahan bike box di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini. FOTO AMINAH YUSOF

Georgetown: Masih terdapat segelintir pemandu kenderaan tidak mematuhi arahan penggunaan zon khas motosikal dan basikal atau 'bike box' di negeri ini sejak kemudahan itu diperkenalkan pada tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan Awam, Connie Tan berkata setakat ini terdapat 53 bike box disediakan di 19 persimpangan lampu isyarat demi menjamin keselamatan pejalan kaki ketika melintas jalan selain memberi kemudahan kepada penunggang motosikal dan basikal untuk berhenti dengan selamat.

"Bike box mempunyai keluasan 4.5 meter dengan lebarnya mengikut keluasan sedia ada dengan pemandu kereta atau sebagainya perlu memberhentikan kenderaan masing-masing di belakang petak tersebut.

"Jika lokasi terbabit laluan pejalan kaki ia akan dibina di belakang laluan berkenaan diikuti garisan berhenti untuk kenderaan lain," katanya pada majlis pelancaran video kempen kesedaran Bike Box di sini, hari ini.

Beliau berkata klip video yang menampilkan bekas juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, Mamak Puteh itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung tatacara penggunaan bike box sekali gus mengurangkan risiko kemalangan dan insiden tidak diingini.

Connie yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata setakat ini tiada tindakan undang-undang diambil terhadap pemandu kenderaan yang berdegil dengan fokus utama pihaknya pada masa ini ialah meningkatkan kesedaran orang ramai.

"Ini adalah projek perintis sebelum pihak kami mempertimbangkan untuk mengadakan kajian semula bersama pihak undang-undang mengenai tindakan yang sesuai diambil terhadap golongan terbabit pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata MBPP kini sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi menaik taraf kesemua zon bike box sedia dan akan menambah bilangan kemudahan berkenaan secara berperingkat.

"MBPP berharap penunggang motosikal dan basikal dapat menggunakan bike box secara berhemah manakala pengguna jalan raya yang lain diingatkan agar memberi kerjasama dengan memperlahankan kenderaan ketika menghampiri zon khas itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kal-di-pulau-pinang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.031937 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list