CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Kedah] Pokok tumbang sembilan kenderaan kakitangan klinik rosak

[Copy link]
Post time 13-4-2022 11:59 AM | Show all posts |Read mode

Pokok sena berusia 50 tahun tumbang dan menghempap kenderaan di kawasan parkir Klinik Kesihatan Bandar, hari ini.FOTO IHSAN PEMBACA

Sungai Petani: "Saya dengar bunyi kuat sebelum melihat beberapa kenderaan dihempap pokok besar," kata Bakhtiar Ridhwan Abu Bakar, 42, menceritakan detik cemas pokok sena yang tumbang di kawasan parkir Klinik Kesihatan Bandar, di sini hari ini.

Menurutnya, dia ketika itu berada di kawasan terbabit kerana menunggu isteri mendapatkan rawatan sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

"Saya menghampiri lokasi dengan lebih dekat dan mendapati beberapa kenderaan dipercayai milik kakitangan klinik itu rosak akibat dihempap pokok terbabit.

"Pokok besar yang tumbang itu dilihat sudah reput namun mujur ketika kejadian tiada sesiapa berada di situ," katanya.

Dalam kejadian pada 2.15 petang itu, sembilan kenderaan rosak akibat ditimpa pokok terbabit.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.20 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang tiba di lokasi mendapati sebatang pokok sena setinggi 11 meter dengan anggaran usia 50 tahun tumbang dan menghempap beberapa kenderaan di parkir.

"Pokok terbabit dipotong dan dialihkan anggota APM dan operasi tamat jam 4 petang.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tangan-klinik-rosak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.119679 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list