View: 340|Reply: 0
|
[Kedah]
GRO sempat lari ikut pintu rahsia
[Copy link]
|
|
WANITA yang ditahan dalam serbuan terhadap pusat hiburan di Bakar Arang, di sini. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Sungai Petani: Jika dilihat daripada luar ia kelihatan seperti deretan lot kedai lain sehingga tiada siapa menyangka wujudnya premis yang menjadi tempat pengunjung berhibur.
Itu taktik digunakan pemilik premis dengan menjadikan tingkat atas bangunan lot kedai baharu terletak di kawasan terpencil di kawasan Bakar Arang yang diubahsuai menjadi pusat hiburan buat pelanggan.
Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah melakukan serbuan jam 12.15 tengah malam semalam di premis terbabit.
Serbuan diketuai Timbalan Pengarah JIM negeri, Rosmaliza Mohamed Rashid itu dilakukan hasil risikan dan juga maklumat yang mendakwa ada wanita warga asing menjadi pelayan pelanggan (GRO) di premis berkenaan.
Namun, ketika serbuan dilakukan, sebahagian besar wanita yang dipercayai bekerja sebagai GRO sempat melarikan diri dan hanya empat wanita warga asing berjaya diberkas.
Kehadiran JIM disedari tonto yang menjaga di luar sekitar bangunan sebelum maklumat disalurkan kepada pekerja di tingkat atas premis yang kemudian akan memperlahankan alunan muzik serta bunyi lagu melalui pembesar suara.
Pekerja juga cuba melengahkan masa dengan tidak membuka pintu yang menjadi laluan utama ke pusat hiburan terbabit dan tindakan itu dikatakan bagi memudahkan GRO warga asing melarikan diri melalui beberapa pintu rahsia.
Pemeriksaan lanjut mendapati pintu rahsia itu menghubungkan laluan ke tingkat bawah melalui tangga dan kebanyakan GRO sempat melarikan diri sementara menunggu pintu utama dapat dibuka pasukan JIM.
Bagaimanapun, empat wanita warga asing yang dipercayai GRO berjaya diberkas dan mereka ini dikatakan memberi khidmat 'fly' dengan mengenakan bayaran tertentu kepada pelanggan yang mahukan layanan di pusat hiburan terbabit.
Selain itu, pemeriksaan mendapati ada pengunjung yang berhibur dengan mengambil dadah berdasarkan beberapa penemuan bahan terlarang terbabit serta bungkusan mengandungi serbuk minuman bercampur dadah dalam tong sampah.
Timbalan Pengarah JIM negeri, Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, seramai 19 lelaki tempatan serta 13 wanita dengan empat daripadanya warga asing berusia 20 hingga 35 tahun diperiksa dalam serbuan itu.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati empat wanita warga asing terbabit masing-masing dua Thailand dan dua Laos tinggal melebihi tempoh selian tiada permit sah.
"Empat wanita warga asing terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kita turut mengeluarkan saman terhadap pengurus premis.
"Semua wanita yang ditahan itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantik untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-ikut-pintu-rahsia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|