CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 1

[Terengganu] Mahasiswa jana pendapatan jual solok lada resipi ibu

[Copy link]
Post time 11-4-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode

Solok lada yang dihasilkan Nurliaya dengan dibantu ibunya, Norma A. Wahab di kediaman mereka di Kampung Pengkalan Binjai, Kemaman.

KEMAMAN - Seorang mahasiswa berani mencuba kelainan dengan menjual solok lada atau juga dikenali sebagai lada sumbat bagi menjana pendapatan sepanjang Ramadan ini.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Nurliyana Ab Halim, 22 berkata, solok lada Terengganu yang dihasilkan adalah resipi asal daripada ibunya, Norma A. Wahab, 63.

"Saya jual solok lada atas saranan ibu kerana berdasarkan pemerhatian, solok lada agak sukar didapati pada bulan Ramadan.

"Tak sangka pula ia mendapat sambutan memberangsangkan sejak hari pertama tempahan dibuka. Syukurlah sebab sehingga kini saya tidak putus-putus menerima tempahan," kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Kepujian) Komunikasi Profesional itu.

Nurliyana yang kini menjalani pembelajaran secara dalam talian berkata, sebanyak 70 biji solok lada mampu dihasilkan setiap hari menggunakan dua kilogram lada bersama dua kg ikan (selayang atau parang), kelapa, santan, bawang merah, halia dan lada hitam.


Nurliyana menunjukkan solok lada yang siap dibungkus dan akan dihantar kepada pelanggan.

"Buat masa ini saya belum pulang ke kampus dan perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di secara dalam talian di rumah. Jadi, masa terluang yang ada saya manfaatkan sepenuhnya untuk hasilkan solok lada.


"Solok lada ini dibuat di rumah. Selepas siap memasak, saya akan buat penghantaran dengan kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD) ke rumah pelanggn yang telah membuat tempahan di sekitar Kemaman," katanya.

Harga solok lada yang dijual ialah RM5, bagi setiap sebekas yang mengandungi tiga biji juadah tradisional itu.

Nurliyana yang berasal dari Kampung Pengkalan Binjai di sini, berkata, setakat ini sambutan diterima bagi jualan solok lada begitu memberangsangkan.

"Tak sangka pula ramai yang gemarkan solok lada kerana sebelum ini ibu saya hanya buat untuk kami sekeluarga makan. Jika sambutan berterusan saya akan cuba untuk kekal berniaga pada bulan seterusnya," katanya.

Solok lada adalah sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di Kelantan dan Terenggganu.

Hidangan itu diperbuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan dan santan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lok-lada-resipi-ibu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:50 AM | Show all posts
sedapanya solok lada makan dgn nasi kerabu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.683715 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list