CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Terengganu] Tahfiz al-Quran selesa jadi penyembelih ayam

[Copy link]
Post time 10-4-2022 02:42 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Redzuan Amzan, 28, (kanan) dan Haris Hamimi Ahmad Fadli, 24, penghafal al-Quran dan berkelulusan pengajian agama menjadi penyembelih ayam. FOTO Ahmad Rabiul Zulkiffli

Chukai: Memiliki kelulusan dalam bidang agama termasuk tahfiz al-Quran, namun dua pemuda dari Kampung Binjai, di sini, memilih kerjaya sebagai penyembelih ayam di sebuah kilang pemprosesan ayam, di sini.

Mereka adalah Mohd Redzuan Amzan, 28, yang juga tahfiz dari Madrasah Asyraful Madaris, Kuantan dan Haris Hamimi Ahmad Fadli, 24, penuntut pengajian agama di Pusat Pengajian Taman Islam, di sini.

Redzuan berkata, dia memang mendapat tawaran sebagai imam masjid, malah pernah bertugas sebagai imam Masjid Meraga Beris, tetapi kini memilih untuk menjadi penyembelih ayam kerana minat dan tanggungjawab.

"Tuntutan penyembelihan ayam lagi besar kerana tidak ramai yang berlatar belakang agama menceburi bidang itu.

"Menyediakan ayam mentah yang halal dan suci dimakan melalui penyembelihan yang mengikut hukum syarak juga ibadah yang dituntut.

"Apabila penyembelih itu berlatar belakang agama, maka keyakinan pengguna untuk menggunakan dan memakan ayam yang disembelih lebih kuat," katanya ketika ditemui di kilang berkenaan di Kampung Dusun Nyior, di sini, hari ini.

Katanya, dia memperolehi tauliah penyembelihan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terenggganu (JHEAT) pada 2018.

"Selain bekerja, niat utama saya ialah untuk menyediakan makanan halal kepada pengguna dan ia juga termasuk dalam ibadah.

"Tidak semestinya penghafal al-Quran hanya menjawat jawatan imam atau penceramah agama sahaja dan tanggapan itu perlu diubah," katanya.

Sementara itu, Haris berkata, dia berminat menjadi penyembelih ayam sekali gus mengikuti pelbagai kursus penyembelihan yang dianjurkan sebelum menerima watikah pada 2021.

"Walaupun masih baru dalam bidang penyembelihan ayam, saya berasa seronok dan gemar menjalankan pekerjaan itu.

"Saya tidak kisah walaupun perlu bangun seawal 2 pagi pada setiap hari untuk menjalankan tugas di kilang ini.

"Paling kurang sebanyak 2,000 ayam perlu disembelih pada setiap hari dan ia bukan kerja yang mudah," katanya.

Menurutnya, dia perlu memastikan ayam yang disembelih itu halal dimakan dengan menepati setiap peraturan dan tuntutan yang diajar dalam Islam berkaitan penyembelihan ternakan.

"Tidak boleh terlalu cepat, tetapi tidak boleh lambat kerana 2,000 ayam perlu siap disembelih mengikut waktu yang ditetapkan sebelum diagihkan kepada penjual ayam.

"Saya mempunyai cita-cita dalam bidang ini, dan sekarang adalah masa untuk menimba ilmu dan pengalaman," katanya.

Katanya, selain menyembelih ayam, dia juga menyembelih ternakan lain seperti lembu dan kambing.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-penyembelih-ayam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 1.334263 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list