CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Terengganu] Palas, rezeki Ramadan Mat Kawi

[Copy link]
Post time 10-4-2022 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Dungun: Ketibaan Ramadan memberi rezeki tambahan kepada seorang lelaki yang mencari daun palas sebagai usaha untuk menambah tambahan memandangkan ia mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembuat ketupat.

Mat Kawi Lah, 55, berkata, setiap pagi, dia dibantu anaknya, Mohd Firdaus, 19, akan masuk ke kawasan hutan untuk mendapatkan daun palas.

Bagaimanapun, katanya, mencari daun palas bukan mudah kerana pokok ini hanya tumbuh jauh di dalam hutan yang berpaya.

"Daun palas kini sukar ditemui di kawasan tepi hutan dan kebanyakannya tumbuh jauh di dalam hutan berpaya.

"Saya dan anak berjalan meredah belukar yang jauh untuk mencari pokok palas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pulut.

Mat Kawi berkata, setiap hari dia akan mengambil masa antara lima hingga tujuh jam untuk memperoleh sekitar 500 hingga 800 pucuk palas.

"Kadang-kadang hampa juga apabila hanya berjumpa pokok palas tua. Hanya pucuk palas yang diambil untuk buat ketupat," katanya.

Katanya, ramai yang beranggapan mudah mendapatkan daun palas, namun hakikatnya sangat memenatkan.

"Bayangkan saya dan anak terpaksa memikul daun palas dengan berjalan untuk membawanya keluar dari hutan.

"Itu tidak termasuk berdepan risiko dicucuk duri palas yang sangat tajam serta habuk daun palas yang boleh menjadikan tubuh kita gatal," katanya.

Katanya, daun palas yang diperoleh kebanyakannya sudah ditempah pelanggan dan dia menjualnya dengan harga RM25 untuk 100 batang pucuk palas.

"Selain pelanggan tempatan, daun palas saya juga mendapat permintaan daripada pelanggan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang.

"Pelanggan sekitar Terengganu saya akan hantar dengan harga yang sama manakala pelanggan luar saya poskan tanpa mengenakan caj tambahan," katanya.

Mat Kawi berkata, daun palas yang dijual boleh bertahan lama sehingga sebulan kerana ia dibungkus rapi serta terdedah dengan cahaya matahari.

"Alhamdulillah dengan rezeki daun palas ini dapat saya menambah perbelanjaan dapur serta membeli pakaian raya untuk anak-anak," katanya.

Sementara itu pembuat ketupat, Sapiah Wan Hasan, 43, berkata sebatang pucuk palas boleh menghasilkan sekitar 20 hingga 25 biji ketupat.


MAT Kawi bersama Mohd Firdaus menyusun daun palas yang ditempah pelanggan. FOTO Rosli Ilham

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-mat-kawi-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.100934 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list